Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUAT LA APA YANG PATUT


SPR buat kajian persempadanan semula Parlimen, Dun
SPR

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dun bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula Khamis ini.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kajian semula itu dilaksanakan mengikut peruntukan Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 14 Perlembagaan Negeri Sabah yang diwartakan pada 18 Ogos lalu.

Beliau berkata, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama satu bulan bermula Khamis ini hingga 14 Oktober.

"Ia akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan pada Khamis ini untuk tujuan semakan dan bantahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya SPR bercadang mengesyorkan tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu.

"Bagi maksud kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu," katanya.

Bagi Sabah pula, Abdul Ghani berkata SPR mengesyorkan supaya jumlah kerusi DUN ditambah sebanyak 13 bahagian daripada 60 berikutan pindaan peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 73 kerusi Dun bagi Sabah.

SPR juga bercadang melakukan pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun dalam Sabah, katanya.

Butiran syor yang dicadangkan itu akan menunjukkan keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya kerusi Parlimen dan Dun di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta akan dinyatakan dalam notis yang akan disiarkan nanti.

"Satu salinan syor-syor yang dicadangkan akan dipamerkan untuk pemeriksaan orang ramai semasa waktu pejabat pada hari bekerja. Untuk bantahan, hanya pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan sahaja boleh membuat bantahan," katanya.

Pihak yang dibenarkan membuat bantahan adalah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan yang keseluruhan atau sebahagian kawasannya termasuk di dalam bahagian pilihan raya yang berkaitan dengan syor itu.

"Yang lain ialah seratus atau lebih orang yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih semasa bagi bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan.

"Apa-apa representasi membantah syor-syor cadangan itu hendaklah dikemukakan secara bertulis dan dialamatkan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri bagi negeri berkenaan," kata Abdul Ghani.

Menurutnya representasi bantahan itu mesti sampai kepada SPR dalam masa sebulan bermula dari 15 September hingga 14 Oktober ini. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

Oiii hadi..

Undang2 dlm quran bg zina boleh bayar pakai RM ker?????

Buat la hukum rejam terus. Esok tak payah pinda2 lagi dahh...

Anonymous said...

Oiii hadi...

Ko tau tak, dlm quran kalu curi hukum potong tangan tau.

Ru355 yg ko pinda tu, curi kena potong tangan tak? Ker hukun penjara ngan bayor RM aje????

Abis tu pru 15 besok ko nak pinda kagi la yer? Pru 16 pun pinda lagi la.

Tiap2 kali pru baru nak pinda.....

Anonymous said...

Takut hilang kelantan dan jawatan di selangor, pas akan telan balik kahak dia dgn bekerjasama sesama parti pembangkang yg lain.

Bila dah menang, pas akan ulang perangai buruk dia semula.

Anonymous said...

Apakah yg kamu wahai walaunta2 faham dgn lengkap tentang pindaan RUU355 yg dibuat oleh tuan2 walaunta kamu....sila tulis di bawah supaya kami warga bukan walaunta boleh memahaminya... kami nak sokong tapi kami tak tahu satu habuk pun sbb tuan walaunta kamu tak bagi penerangan apa pun. Yg dia bagi penerangan ulang2 ialah - barua, pil kuda, anjing dap.... tu yg selalu kami dengar dan baca.

So mintak bagi penjelasan ttg RUU355 yer..jgn maki hamun pulak mcm bos walaunta al-baghali kamu turrr.

Anonymous said...

As salam Pak Karam. Dah lebih sebulan dah ni. Bila Ayatollah Hadi nak saman Sarawak Report? Ka memang Ayatollah Hadi dah habiskan dedak RM90juta tuu?

#ulamacintadunia

Anonymous said...

Bila nak bagi penerangan pasal RUU355 di seluruh negara?

Bila?
Bila?
Aku nak sokong ni.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.