Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Hanya cubaan untung batu timbul, untung sabut tenggelam


Muhyiddin disifat main drama kerana sokong bebas Anwar
Muhyiddin, Anwar

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba menggunakan isu pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraih sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan.

Tindakan Presiden Penaja PPBM itu, yang menyokong pembebasan bekas ketua pembangkang berkenaan, menyimpang daripada agenda perjuangan penubuhan parti baharu itu, menurut penganalisis politik, Datuk Prof Zainal Abidin Borhan.

Menyifatkan kenyataan sokongan itu sebagai 'cakap-cakap politik sahaja', beliau berkata soal pembebasan Anwar tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya perlu mengikut lunas undang-undang.

"Ia akan memberi kesan kepada kepembangkangan kerana Bersih dan banyak pihak ingin membebaskan Anwar. Apa yang dilakukan Tan Sri Muhyiddin sakadar 'nasi tambah' untuk memanaskan suasana politik dan parti baharu sekaligus menjadikan parti itu relevan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas laporan media yang memetik Muhyiddin sebagai menyokong pembebasan Anwar serta berikrar untuk menjadikannya agenda perjuangan parti itu.    

Menjelas lanjut, Zainal Abidin berkata dalam tempoh dua tahun menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan itu sekaligus menunjukkan 'drama' pemimpin politik yang dahulunya berseteru tetapi kini boleh bersahabat semata-mata untuk menarik simpati dan sokongan rakyat.

"Kita tahu sejarah antara Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Anwar, dahulu lain sekarang cakap lain. Pokok pangkalnya apa sahaja yang berlaku, rakyat boleh menilai dan melihat pemimpin mana bercakap benar serta memahami cakap-cakap begini hanya untuk faedah politik," katanya.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut senada dan menyifatkan tindakan Muhyiddin itu sebagai strategi parti baharu itu untuk menarik minat orang ramai.

Nik Ahmad Kamal berkata pembebasan Anwar merupakan isu lama yang diperjuangkan parti pakatan pembangkang untuk kepentingan politik semata-mata. - Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

Bila Pas nak saman kes fitnah 90 juta dr sumbangan umno. Dah lebih sebulan ni. Nizar dah menang kes dgn tv3 dan terbaru utusan malaysia.
Letih bila pak lebai tindakannya lambat.

Anonymous said...

Kelantan dlm pru14... untung sabut dpt kat Amanah. Untung batu dapat kat umno.

Anonymous said...

Dlm serba serbi memang lembap. Entah bila agaknya pas nak buat penerangan secara besar2an di seluruh malaysia tentang ruu355 tu.... lembap gila..

Anonymous said...

Ada tak dlm ruu355 nanti hukuman memaki orang dgn panggilan "barua, pil kuda, makan babi goreng, barua dap, dapigs, pigs, berimamkan lge dll".

Anonymous said...

Ada tak dlm ruu355 yg bakal saya sokong nanti cerita pasal hukuman sapu hasil balak, sapi duit cikgu yik, sapu tanah kejaan negeri, sapu dedak dan seangkatan dengannya?

Ado??

Anonymous said...

Lembap.
Dah lebih sebulan pun tiada tindakan.
Jgn marah klu rakyat percaya pemberian dedak itu memang berlaku.

Anonymous said...

Dulu pung pang pung pang pasal hudud.
Skarang pung pang pung pang pasal ruu355 pulak.

Hudud dah pergi mana?
Nak tunggu pas perintah malaysia?
Huhhh!!

Anonymous said...

Teruk semua blogger Pas kena hentam. Omakkau pun dah senyap. Kenapa? Sebab Pas ini tidak konsisten dlm membawa isu. Bila dikomen dikatakan barua! Semua menyampah dgn sikap Pas yg suka melabel, rasis dan tiada prinsip!
Parti Islam ke sebegini?
Pas suka bermuka-muka. Itu munafik namanya.
Ya kata Ya. Tidak kata Tidak. Bukannya sekejap sokong, sekejap tidak. Sekejap nak tumbangkan umno,...sekejap nak jadi penasihat,..sekejap nak jadi kawan....apa ni asyik u-turn. Rakyat muak dgn mainan pak lebai!

Anonymous said...

Ko yang lembab tak nak ambil rahu.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.