Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LEBUH RAYA SESAK MALAM


Trafik di lebuh raya utama malam ini terus sesak
PLUS Expressways Bhd (PLUS)
PLUS Expressways Bhd (PLUS)

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan di laluan berkenaan.

Jurucakap Plus Malaysia Berhad berkata trafik di sebelah selatan bergerak perlahan terutama dari utara Yong Peng ke Pagoh berikutan kemalangan di Km139 yang menyebabkan kesesakan sepanjang 10 kilometer.

"Selain itu, di Tambak Johor antara Bangunan Sultan Ismail di Malaysia ke Singapura di kedua-dua arah turut sesak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Katanya, bilangan kenderaan turut meningkat di laluan dari Hentian Senawang ke Simpang Ampat berikutan kemalangan di Km228.2 selatan dan Hentian Rehat Seremban selatan ke Senawang, Tol Plaza Jalan Duta ke Bukit Lanjan.

Di sebelah utara, situasi sama berlaku dari utara Tapah menuju ke Gopeng hingga ke Simpang Pulai, katanya.

Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata trafik dilaporkan masih perlahan dari Tol Gombak ke Lentang, sebelum masuk Tol Karak dan sebelum Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) ke Tol Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.