Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NOH DITEMPELAK


Setuju cadangan Noh jika...
Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Cadangan membenarkan pemaju perumahan memberikan pinjaman kepada pembeli tidak akan dipersetujui sekiranya polisi itu hanya akan memberi keuntungan melampau kepada syarikat pemaju terbabit.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dalam usaha membantu rakyat, kadar faedah yang dikenakan ke atas pembeli juga perlu jauh lebih rendah berbanding yang dikenakan bank.

“Perlu diperjelaskan bahawa saya tidak akan bersetuju dengan cadangan YB Menteri jika syarikat pemaju boleh menggunakan Lesen Peminjam Wang untuk menjual hartanah yang mempunyai margin keuntungan melebihi tiga kali ganda daripada margin risiko.

“Pihak kementerian hendaklah memantau kadar faedah yang dikenakan. Kadar faedah pada 12% dan ke atas misalnya, bukanlah satu penyelesaian berkebajikan. Mungkin kita boleh cadangkan kadarnya ditetapkan tidak melebihi 6% kerana kadar ‘risk-free return’ masa kini adalah 4%,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.


Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mencadangkan agar membenarkan pemaju perumahan memberikan pinjaman kepada pembeli sebagai maklum balas kepada rungutan pemaju susulan berlaku peningkatan jumlah rumah siap terbina yang tidak terjual.

Namun, kenyataan itu menerima pelbagai reaksi daripada pemimpin di negara ini terutama pembangkang yang rata-rata membantah cadangan tersebut.

Dalam pada itu katanya, Lesen Peminjam Wang hanya boleh digunakan bagi menyelesaikan pembelian hartanah di bawah Skim Kebajikan Sosial dengan matlamat jelas untuk membantu para setinggan membeli rumah yang ditawarkan kepada mereka apabila permohonan pinjaman perumahan mereka ditolak oleh bank.

Tegasnya polisi ini tidak boleh digunakan oleh pemaju untuk membantu pembeli kaya mendapatkan pinjaman bagi maksud melakukan spekulasi nilai hartanah bagi mendapat keuntungan berganda.
Abdul Khalid turut menawarkan khidmatnya untuk berbincang lanjut dengan pihak kementerian bagi membantu rakyat di negeri ini dengan polisi itu.

“Jika YB Menteri benar-benar ikhlas untuk mendahului rakyat, saya sekali lagi menyatakan kesediaan saya untuk berbincang tentang modus operandi serta mekanisme cadangan Skim Kebajikan Rakyat dengan beliau dan pegawai di kementeriannya.

“Saya akan memberi sokongan penuh jika usaha dilakukan untuk membantu golongan miskin dan setinggan memiliki rumah idaman mereka. Saya juga ingin mengingatkan YB Menteri agar jangan terpengaruh dengan rayuan syarikat pemaju yang tamak dan hanya mengutamakan keuntungan semata-mata,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Mana j/kuasa penerangan ruu355 pas hari ni? Bagi penerangan ruu kat kawasan mana skarang? Rajinnya j/kuasa penerangan ruu355 pass... patut la suma org dah paham.


IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.