Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang macam suara PAN


'Penerangan RUU 355 Pas kurang teliti, seperti memaksa'
Mohd Azizuddin Mohd Sani
Mohd Azizuddin Mohd Sani

SHAH ALAM – Penerangan mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang disampaikan oleh Pas dilihat tidak menyakinkan dalam memberi kefahaman khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, penerangan oleh Pas sebelum ini dilihat lebih kepada paksaan malah terdapat juga masyarakat Islam yang masih tidak memahami mengenai pindaan RUU 355 ini.

“Masyarakat Islam sendiri masih tidak faham mengenai pindaan ini kerana penerangan yang diberikan itu tidak terperinci dan menimbulkan kekeliruan.

“Jadi secara umumnya penerangan yang diberikan itu tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.


Mei lalu, Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul pindaan itu selepas Parlimen bersidang semula pada sebelah petang

Dalam pada itu, Azizuddin berkata, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri perlu memainkan peranan dalam membantu Pas bagi memberikan kefahaman berhubung pindaan RUU 355 ini kepada masyarakat.

“Saya rasa kalau kerajaan persekutuan hanya serah pada Pas sahaja, orang awam akan makin keliru malah turut boleh menyebabkan penentangan daripada ahli parlimen bukan Islam,”katanya.

Selain itu, Azizuddin berpendapat bahawa pindaan RUU 355 ini tidak sewajarnya dilaksanakan sehingga penerangan terperinci diberikan terlebih dahulu dalam memastikan kefahaman kepada rakyat di negara ini.

Sekiranya rakyat tidak dapat memahami pindaan RUU 355 ini dengan baik, Azizuddin berkata, ia akan menyebabkan pelaksanaannya agak sukar untuk diimplementasikan selepas ini.

“Walaupun ada yang kata undang-undang ini hanya melibatkan orang Islam, namun masyarakat bukan Islam masih merasa curiga dengan pelaksanaan ini,”katanya.

Difahamkan, bacaan kedua bagi RUU355 itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas ahli Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama Mei lalu.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Gempak cerita ruu dah macam hudud. Bila bab hukuman bayar RM je.... kan bukan undang2 Islam tu ...itu undang2 kapitalis! Kenapa gempak sangat dah mcm hudud?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.