Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TETAP PAKAI KOPIAH

RUU 355: Pas tak ketepi agama demi sokongan
Idris Ahmad
Idris Ahmad
SHAH ALAM – Pas menegaskan parti itu tidak akan sesekali mengetepikan agama termasuk perjuangan terhadap RUU 355 semata-mata demi meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata perjuangan parti itu tetap berlandaskan dasar Islam sejak dulu lagi.

“Kalau kita nak ambil sokongan orang tanpa mengambil kira agama Islam, tidak betullah perjuangan itu. Misalnya, oleh sebab ramai pengundi kita ini minum arak dan main judi, maka kita kata, kita suka dengan judi, arak. Tak bolehlah begitu.

“Kalau mereka menentang atau menolak kita, itu di luar kemampuan kita. Kita tak boleh nak ikut kehendak orang,” katanya kepada Sinar Online.

Pas kini sedang memperjuangkan RUU 355 atau Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah di seluruh negara.

Ini termasuk fakta jelas bahawa RUU 355 itu tiada kaitan dengan hudud yang sering disebut-sebut sebelum ini.

Dalam pada itu, menurut Idris, pihaknya yakin Islam akan membawa kesejahteraan dan kedamaian termasuk kepada semua orang sama ada yang beragama Islam ataupun bukan.

Tambahnya, mana-mana pihak boleh mempertikaikan dari segi prosedur pelaksanaan RUU 355 itu namun ia tidaklah sehingga menghalang pelaksanaannya di negara ini.

“Kita yakin perkara ini. Jadi, Insya-ALLAH kita akan berikan penjelasan. Mungkin selama ini mereka tidak faham atau ada unsur-unsur yang memberi maklumat tidak betul kepada mereka.

“Prosedur boleh diperbaiki, tiada masalah. Kita bersedia untuk memperbaiki. Tapi kita yakin sekiranya orang bukan Islam memberi peluang kepada kita, mereka akan memahami apa yang kita mahukan,” katanya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya membawa RUU 355 itu ke Parlimen untuk bacaan pertama, Mei lalu dan bacaan kedua dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Cadangan pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar’ie.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Betul ustaz kena bagi penerangan dan penjelasan jangan asyik suruh orang setuju tanpa sebarang penerangan atau penjelasan, ini bukan hukum 'HUDUD'.

Hamba Allah said...

Masalahnya anon1:57..dh byk kali PAS buat penerangan berkenaan RUU355 tapi masih jgk ada melayu yg mengaku islam saja buat2 xpaham...aku rasa kalau buat penerangan smpai kiamat skali pn tetap anjing2 dap ni xkan paham..

Anonymous said...

Memang banyak penerangan tapi malangnya setiap penerangan dan penjelasan berbeza versinya. Contoh paling mudah 'mula-mula kata untuk laksanakan hudud' selepas dipertikaikan dan dijelaskan oleh menteri 'tomboy' maka sudah berubah bahawa RUU355 hanyalah semakkan jumlah hukuman sahaja. Selepas itu keluar pula kenyataan bahawa wajib menyokong RUU355 tanpa ada penerangan dan penjelasan terperinci.

Anonymous said...

Mana penerangan kpd org ramai yg telah dibuat? Boleh bagi sumber lengkap tentang RU355 ni?

Bila kita tak tau, mcm mana kita nak sokong? Klu hudud tu lainlah, banyak sumber kita boleh cari. Sbb tu kita sokong hudud. Bab RUU355 ni, satu habuk pun kita tak tau sbb RUU355 ni undabg2 manusia. Tak ada dlm Quran. Dia tak sama mcm hudud.

Harap faham la sbb apa org tak sokong lagi. Sbb org tak tau...

Anonymous said...

Ada penerangan disampaikan oleh ustaz-ustaz di dalam kuliah di masjid-masjid dan surau-surau tetapi penerangan hanya berkisar kepada HUDUD tetapi penerangan terkini oleh SUA PAS mengatakan lain pula. Di mana RUU355 hanyalah sesuatu penambahbaikkan hukuman yang ada sekarang, perincian perlu diterangkan sebelum persetujuan kerana undang-undang sediaada bukanlah 'HUDUD, KISAS DAN TAKZIR'.

Anonymous said...

Boleh pak karamu jawab:
1.mana jawatankuasa yg cipta pindaan ruu355?
2.dari segi islam, layakkah org dlm jawatankuasa itu buat hukum yg akan digunapakai oleh semua org islam?
3. Apakah kelayakan mereka setandibg dgn ulamak yg dibolehkan mereka mencipta hukum itu? Siapakah meteka?
4. Bolehkah mereka dipercayai dari segi MORAL dan KELAYAKAN? Adakah mereka adil dan seorang yg bertanggubgjawab dan tidak diragui orang ramai?
5. Siapakah jawatankuasa penerangan? Berapa banyak penerangan kpd org islam telah dibuat dan adakah ia dibuat secara menyeluruh dgn niat untuk memahamkan org ramai? Bila dan di mana?
6.Apakah bahagian hukuman kesalahan2 yg akan dipinda? Kenapa perlu pindaan? Adakah selepas dipinda nanti ia akan menjadi lengkap dan tidak perlu dipinda lagi?
7.ruu355 ini hanya ciptaan manusia. Betul atau tidak? Adakah pindaan ini sudah menepati hukum dlm quran dan hadis? Adakah kemungkinan kesilapan berlaku hingga hukuman itu tidak aelaras dgn islam?
8. Siapakah mufti, golongan agamawan, pakar undang2 islam dari parti lain atau bebas dilibatkan? Jika YA siapakah mereka? Jika tidak, mengapa tidak?
9. Adakah pindaan ini dibuat dgn rujukan ulamak negara lain. JIKA ADA siapakah mereka?
10. Bolehkah kelaskan apakah kesalahan yg boleh dirotan antara 40 hibgga 100 kali? Adakah ia bertepatan dgn hukum dalam quran?

Harap pak karamu dapat jawab atau minta puhak pas jawan.

Saya berharap sangat2.
Mudah2an penerangan pak karamu akan membuat orang ramai faham dan menyokong pindaan ini.

Tq

Anonymous said...

Nama dah cantik, Hamba Allah. Tapi fitnah saudara seislam dgn panggilan "anjing dap". Ilmu agama tak cukup lagi kot.

Ya lah....
Klu hukum menyamakan manusia dgn "anjing dap" pun tak tau, macam mana nak bagi peberangan tentang ruu355.

Lagi satu, kalau org x faham atau x pernah dengar pasal ruu355 ni bertanya utk dptkan maklumat, bagilah penerangan. Jangan pulak bertanya sbb tak faham pun kau nak maki "anjing dap". Adakah ulamak kamu mengajar begitu? Adakah dlm ceramah2 kalau tak faham akan kena maki "anjing dap"?

Saya bimbang kalau kau tak minta maaf kpd semua orang yg kau kata tu, tempat kamu nabti ialah di neraka walaupun kau ada nombor keahlian parti kanu.

Wassalam.

Anonymous said...

Sedara.
Jangan tanya banyak sangat. Kang ada walaubta kata sedara ni anjing dap.
Buat2 faham dah ler.

Anonymous said...

Yg aku tahu tentang RU355 ialah ia bukan hukum hudud. Itu saja.

Perlukah aku sokong?

Anonymous said...

Aku ada no keahlian pas. Aku ada tiket masuk sorga loka. Kah3

Anonymous said...

Manusia buat undang2 Islam siap denda dlm RM.....kahkahkah

chenmeinv0 said...

adidas nmd runner
nike shoes
louis vuitton outlet online
cheap jordan shoes
chanel bags
mont blanc ballpoint pen
ugg boots outlet
timberland outlet
ray ban sunglasses outlet
ray ban sunglasses outlet
20171.11chenjinyan

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.