Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS&UMNO BERGABUNG ? SATU SOALAN BODOH LAGI TENGIN

JIKA ADA YANG BERTANYAKAN PAS DAN UMNO BERGABUNG ATAU BERTANYAKAN KERJASAMA POLITIK MAKA PERTANYAAN INI ADALAH SEBODOH-BODOH SOALAN, TIDAK AKAN BOLEH BERGABUNG DIANTARA DUA PARTI POLITIK YANG BERLAINAN DASAR, UMNO DAN PAS MEMPUNYAI DASAR YANG SANGAT BERBEZA
DUA PARTI INI HANYA BOLEH BEKERJASAMA  DALAM PILIHANRAYA DENGAN NIAT DAN TUJUAN HENDAK MENGHAPUSKAN PARTI YANG HENDAK MELENYAPKAN DASAR ISLAM DI NEGARA INI, TAK KIRA SAMA ADA PARTI TERSEBUT DARI KALANGAN CINA,HINDU DAN MELAYU DAN LAIN-LAIN BANGSA - Pak Karamu  

             
Pas-Umno tak akan bergabung
Nasrudin Hassan
Nasrudin.

SHAH ALAM - Pas sama sekali tidak akan bergabung dengan Umno, mahupun menyertai BN, namun bersedia bekerjasama demi kepentingan umat Islam.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang mengingatkan kembali keputusan dimuktamad Majlis Syura Ulamak sebelum ini.

“Isu paling popular musim ini ialah apakah Pas akan menyertai Umno? Sementelah Perhimpunan Agung Umno 2016 turut menggamit perha-tian rakyat mengenai isu ini.

“Apakah Pas akan bergabung dengan Umno? Apakah Pas mahu menyertai Umno? Adakah Pas boleh bekerjasama dengan Umno?,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Tegas Nasrudin, perkataan bergabung, menyertai, kerjasama dan sebagainya mesti diperjelaskan kepada umum, menepati sikap politik semasa serta dakwah didukung  Pas.

“Jelas ada perbezaan perkataan bergabung dan menyertai, berbanding perkataan kerjasama yang diguna Pas.

“Tentu sahaja bergabung dan menyertai adalah dua perkataan yang memberi maksud Pas menjadi salah satu parti komponen BN.

“Pastinya keadaan sedemikian tidak boleh berlaku dan ia adalah polisi yang telah ditetapkan oleh Pas melalui penegasan Majlis Syura Ulamak bahawa parti tidak akan bergabung dengan Umno dan menyertai BN,” katanya.

Katanya, kerjasama  dimaksudkan adalah keterbukaan Pas berbincang, duduk semeja, berunding dan menganjurkan aktiviti atau tindakan bersama dalam apa juga isu melibatkan kepentingan Islam, bangsa serta negara.

“Meskipun berbeza fahaman politik, namun atas nama kepentingan Islam, bangsa, rakyat dan negara, maka perbezaan itu boleh diketepikan sementara untuk menemukan titik persamaan yang memulangkan keuntungan kepada Islam dan masa depan negara,” katanya.

Menurutnya, Pas dan Umno tidak perlu bergabung supaya politik Malaysia subur dengan check and balance (semak dan imbang).

“Pas akan terus beri kritikan dan teguran membina kepada kerajaan diterajui Umno agar tidak menyeleweng, rasuah dan menindas rakyat.

“Pas juga akan terus konsisten menentang kezaliman. Tiada kompromi. Inilah politik Pas,” katanya.
Namun kata Nasrudin, tidak bermakna Pas dan Umno mesti terus bercakaran dalam semua perkara sehingga merugikan Islam dan umat.

“Sehingga timbul sifat benci membenci sesama umat Islam, berkelahi jiran tetangga kerana berlainan parti, bertelagah suami isteri kerana bendera berbeza. Situasi begini tidak menyuburkan dakwah Pas,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

hehe..ntah sape la ko cuba nak tipu..org cakap gitu sebab org ada akal,mereka membayangkan natijah daripada apa yg mereka nampak walau memang x pasti 1oo perarus..kan memamg dah terang lagi jelas pas gayut kat dahan kasih umno pun tapi ko pulak seolah2 cuba total nafikan bayangan ni..hagak2 la pun hehe..aku rasa ko dah sakit tapi ko je x pasan hihihi

Unknown said...

burberry outlet
michael kors canada
nike roshe
ugg outlet
michael kors handbags
true religion outlet
ray ban sunglasses
tory burch outlet
michael kors outlet clearance
toms shoes
20170106lck

Unknown said...

nike free run
polo outlet
omega watches
pandora outlet
michael kors outlet
los angeles lakers jerseys
michael kors handbags
coach outlet online
ray ban sunglasses
christian louboutin sale
20170114lck

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.