Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PERLU GESA PAS BILA NAK SAMAN

Pas tetap akan saman Sarawak Report, Husam
Pas tetap akan saman Sarawak Report, Husam
Dr Mohd Khairuddin.

KUALA TERENGGANU – Keputusan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa tetap diteruskan apabila Pas kini sudah pun menguruskan sebahagian pembayaran kos guaman di United Kingdom (UK) bagi tujuan tersebut.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pihaknya juga kini sedang dalam proses pengumpulan maklumat yang cukup sebagai persiapan untuk menepis dakwaan kononnya Pas menerima dana RM90 juta daripada Umno.

“Kita sedang buat proses saman itu di UK dan sedang berjalan… Kita sudah bayar (kos) sebahagian (bagi proses) bayaran kepada peguam di sana.

“Cuma sedang dalam proses pengumpulan data lagi. Surat pertama (tuntutan) telah kita hantar dan tunggu masa sahaja, Insya-ALLAH,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Nerus Kali Ke-36 di Kompleks Tarbiyyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, di sini.

Mengulas lanjut, Dr Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus turut mendakwa bahawa Husam mendedahkan pembohongan dan fitnah mengenai Pas yang boleh menjatuhkan maruah dan  kepimpinan parti.

“Husam akan diambil tindakan (saman) itu oleh pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Husam dalam ceramahnya sebelum ini mendakwa tahu berhubung maklumat dana RM90 juta yang disalurkan kepada Pas melalui akaun Affin Bank.

Sebelumnya, isu tersebut mula dimainkan Sarawak Report pada Ogos tahun lalu yang mendakwa RM90 juta diterima kepimpinan Pas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berikutan itu, Pas menyatakan untuk menyaman portal tersebut dan telah menghantar surat tuntutan kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menerusi alamat beliau di London, United Kingdom pada 13 Disember tahun lepas.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pakarra dgn no.togel dah sehati sejiwa.

Anonymous said...

Cakap berdegar2.
Habuk tarakkkkk
Tak ada kesungguhan.
Tak nampak serius.
Macam main2 pulak.

Anonymous said...

Tapi bila nak saman?
Alamat husam ado?

Anonymous said...

Dari dulu nak saman. Cakap mcm keling botol

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.