Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERANG SARAF NIK NAZMI LOW STANDARD

Nik Nazmi perlu cermin diri sendiri: Pemuda Pas

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
 
SHAH ALAM - Pas mengkritik dakwaan Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai sokongan terhadap kepimpinan Pas semakin berkurangan berdasarkan pungutan suara.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, kenyataan Nik Nazmi terlalu dangkal dan tidak matang, kerana hanya mengukur trend sokongan tersebut berdasarkan pungutan suara daripada sampel rawak atau kelompok terhad.

“Saya nasihatkan Nik Nazmi beri perhatian kepada PKR dan ahlinya, berbanding sibuk membuat tanggapan serta dakwaan melulu daripada sumber picisan yang tidak menjejak realiti.

“Sewajarnya beliau bersandarkan pada data yang empirik, realiti, berkredibiliti dan berintegriti, antaranya mesyuarat agung atau muktamar Pas atau keputusan pilihan raya.

"Sekadar mengutip maklumat tepi jalan, lebih baik beliau audit PKR dan ahlinya sendiri, juga lebih banyak perhatian untuk beliau teliti trend sokongan terhadap kepimpinan PKR sejak dari Langkah Kajang dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Nik Nazmi mendakwa, berdasarkan hasil pungutan suara tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan ahli Pas akan menyokong calon Pakatan harapan berbanding calon parti berkenaan pada PRU14.

Khairil dalam pada itu, mengingatkan Nik Nazmi supaya melihat kelemahan dan cermin diri sendiri.

“Jangan kerana ingin meraih populariti politik, beliau  sanggup memilih memburukkan Pas.

"Pas telah membuktikan keterbukaan untuk akar umbi menyatakan pandangan dan teguran,” katanya.

Mengulas dakwaan berkaitan kekeliruan di peringkat akar umbi Pas mengenai pendirian Pas, beliau berkata, terbatalnya tahaluf siyasi bersama PKR adalah dalam konteks ikatan rasmi kerjasama parti.

“Tetapi hubungan berkaitan kepentingan rakyat dan rutin kehidupan adalah tanggungjawab yang tidak putus sama sekali.

“Jika Nik Nazmi keliru antara perbezaan ini, bermakna anda terlalu mentah dalam politik dan tidak komited terhadap amanah dipikul selaku ahli politik,” katanya.

Jelasnya, Pas bersedia dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi menyelesaikan setiap isu dibangkitkan rakyat.

“Kami konsisten memperjuangkan hak rakyat dan negara secara adil serta sejahtera tanpa mengira latar belakang sokongan parti.

“Selaku ahli politik, sama ada pembangkang atau kerajaan, wajib untuk mengambil pendekatan menang-menang dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya. 

16 orang berkata:

Anonymous said...

Ajk parti lobai pusat fitnah ruu164. Apa nak jadi dgn lobai2 ni.

Cagu Tar Snake said...

Tahniah kpd lovai semalaysia kerana terpilih sevagai varua joo loo sekaligus menjadi pencuci taik dalam 1MDV. Tahniah para lovai

PORNTOWI & AIR D TISU said...

Puas hati betul lobai2 otak kelodai tu jadi pencuci jamban 1mdb

Anonymous said...

NAK PERANG SARAF NI BUAT APA???? PAK KARAMU JADI BATU API BUAT APA??? CUBA MASING MASING JAGA PARTI MASING MASING , PERKUATKAN JENTERA PARTI MASING MASING, JANGAN SAMPAI MENYAKITI HATI RAKAN RAKAN, NANTI MASING MASING KENA DARAH TINGGI BARU NAK MENYESAL, KAMU SEMUA MENGAKU BERUGAMA ISLAM KAN???? APA ISLAM MEMBENARKAN KAMU SEMUA LAKUKAN SEPERTI APA YANG KAMU SEMUA LAKUKAN SEKARANG INI KE???

Anonymous said...

Hanya keldai saja yg percaya pas atau pakatun boleh membangunkan negeri kelantan darul balak

Tar Snake dan Cotey Cecik said...

Salahkah kita memberitahu yang benar kepada puak2 lobai yg bodoh dan pakatun otak koledai? Kenapa bos2 lobai dol takut sangat kalu lobai2 bawahan jadi pandai?? Adakah takut dedak yg tersembunyi dlm serban terburai jatuh???

Sbb tu lobai dol dan pakatun tak mau koldai2 mereka jadi pandai. Takut semua kuar masuk umno bn

Anonymous said...

pas insyaAllah x kemana2 sebab dia dah lama terbabas buat agama islam mcm milik atok dia..ada xda pun hasil dia mungkin pecah belahkan sedara sesama muslim kat malaysia je la hehe.. itu je la hihi..mana la boleh kita ni wat agama islam mcm milik atok kita.. melampau tu..

Anonymous said...

Kalau nak majukan kelantan, nak bangunkan kelantan, jom ramai2 pakat keluar dari pas dan pakatun. Kita isi borang masuk umno dan undi umno bn. Tak kan nak tunggu 7 keturunan cicah nasi dgn budu hari2. Boss korang senang2 naik range rover....

Anonymous said...

Sbb tu kita kena tukar pd umno pulak. Umno pun islam jugak. Umno tak sekongkol dgn dap

Anonymous said...

Betul la , pas tak ke mana,,mxmtu je. Tapi pan berpidah ke kandang khinzir...

Anonymous said...

Sikhalwat bini kawan pun berpindah juge.. Ke mana ye...***

An Anonymous said...

Alhmadulillah.. ahli pas bertambah ramai tak seperti ahli umno yg semakin berkurangan..

Anonymous said...

tol ko cakap tu, x terpikir lak hehe.. betol2.. amno pun sama pas pun sama pkr pun sama dap pun sama pan pun sama, lain2 pun sama.. semua barua hahaha..

Anonymous said...

Siapa nak masuk tong taik umno???? penuh ulat taik...

An Anonymous said...

Pas dah declare tahun ini shj 31K masuk pas.. pan berani tak declare berapa belas org dah masuk pan tahun ini?

عبده العمراوى said...


شركة قمة الدقة للخدمات المنزلية
شركة تنظيف بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.