UNDI AMANAH UNDI DAP BERKUMANDANG !!!
Ahli Amanah kempen pilih Budiman
SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah)
Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana
kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan
calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen
sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.
“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’
kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak
tempatan kerana menetap di Pahang.
“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan
apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada
di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam
satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.
“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua
pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.
“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik
untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban
terhadap rakan-rakan parti di Sunagi Besar,” katanya.
Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon
pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya.
“Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok
di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan
yang berwibawa,” katanya.
Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai
Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang
ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.
“Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan
calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman
Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua
penduduk di Sungai Besar.
“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd
Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang
menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya.
Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak
sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah.
“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami.
“Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding
kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang
cemerlang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini
tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan
pengundi memilih Budiman.
“Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya.
Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan
keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri.
14 orang berkata:
Basa jenis puak2 bewak lidah cabang. Takleh caya sampai bila.
Haha tak pernah tengok org ni dlm parti Amanah. Selekeh semacam je. Sidang media pun di restoran mcm 'touch n go' gak.
Sesiapa yang mengundi calon Barisan Nasional atau pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan mendapat kemurkaan Allah, tegas Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
"Keadaan sekarang dalam waktu berkempen kita tidak payahlah kita nak menghukum orang berdosa atau celaka atau haram jika tidak sokong calon Pas.
"Dalam berkempen tak usah letak dosa ke tidak berdosa, eloklah jika kita nak memerintah, kita tunjukkan apa yang akan kita lakukan jika kita disokong pengundi dan kita menang.
"Tak payahlah... sudah-sudahlah nak kira dosa atau pahala tiap kali ceramah politik," kata Harussani
Kena sebijik tuang presiden. Kena banyak belajar lg nampaknya pasal pekerti dlm Islam. Kalau presiden nya cetik ilmu, pengikutnya lagi hangus. Parti Islam konon . Puiiiii
Blog ni khas untuk peminat2 no.togel.
Harussani bukan pembuat dasar. Beliau hanya seorang mufti yang menjalankan tugas yang telah ditetapkan.tapi ahli politik bertanggungjawab menentukan dasar2 perlembagaan negara. Jadi sepatutnya Harussani x perlu campor hal orang politik. Itu pendapat saya.
Semua kerja buat kita ada kaitan dgn hukum
(sunat/wajib/harus/makruh/halal/haram)....& juga dosa/pahala....makan utk sihat & ikut sunnah dpt pahala.Makan sehingga memudaratkan /makan yg haram apa hukum nya?...Takkanlah hal politik yang besar/penting tiada kaitan dgn dosa pahala.
Semua kerja buat kita ada kaitan dgn hukum
(sunat/wajib/harus/makruh/halal/haram)....& juga dosa/pahala....makan utk sihat & ikut sunnah dpt pahala.Makan sehingga memudaratkan /makan yg haram apa hukum nya?...Takkanlah hal politik yang besar/penting tiada kaitan dgn dosa pahala.
Spesies ni kluar bila time nak ngundi jer
teknik lama umno...
SAPIGNI ????? Sapa Pig Ni....atau sapa babi ni.....
kah kah kah ...malas nak layan benda najis ni...
Hahaha tu semua muka orang kampung puak umno totok makan upah buat propaganda. Bukan ahli amanah pun. Hahaha mainan politik murahan mcm tu pun karamu walaunta boleh percaya ke? Oh! Ya! Lupalaa.. org pas dari pemimpin sampai ke bawah mana ada yg cerdik. Sebab tu hadi and the gang selalu kena tipu dgn umno.
Undi pas HARAMMM...
sekian terima kasih.
Penganut umno bodoh....
penganut pas 70 kali lebih bodoh dr penganut umno..
ini hanya satu tomakninah untuk walaunta...kah kah kah kah
Last skali kau 1000 kali bodoh ..ha ha
SA PIG NI KATA DIA TAK AKAN SOKONG CALON AMANAH, TAPI DALAM MASA YANG SAMA DIA KATA TAK AKAN KELUAR DARI PARTI AMANAH. APA MAKNANYA???? TETNTU ADA YANG TAK KENA DENGAN DIA NI. MUNGKIN DAH TAK BERAPA BETUL KOT.......
Post a Comment