Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HABIS LA PAKATAN HARAPAN, BILA MAHA FIRAUN SOKONG PARTI PAN (KUALI)

BILA MAHA FIRAUN SOKONG PARTI PAN, MAKA MEREKA MESTI MENANG BESAR, TAPI KALAU KALAH JUGA ELOK LA PARTI TU BALING KAT LONGKANG : - Pak Karamu


Hadi cuba lamar Najib demi 'manfaat'
Hadi cuba lamar Najib demi 'manfaat'
Mahathir (tiga, kanan) bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan yang turut sama dalam program berkenaan. - Foto Sinar Online

SEKINCHAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa cuba melamar Umno atau khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menikmati sebanyak mungkin manfaat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Mahathir, Pas kini keseorangan setelah berpisah secara tidak langsung dengan Pakatan Harapan dan parti Islam itu tidak akan menyerang Najib bahkan akan mendukung segala perbuatan salah Perdana Menteri tersebut.

"Dia (Pas) tidak akan serang Najib bahkan mereka akan mendukung segala perbuatan salah beliau supaya parti yang tunggal tidak ada sokongan lagi.

"Ini adalah supaya mereka mendapat bantuan dari Najib tapi dalam bentuk apa saya tak pasti," katanya ketika Persidangan Khas 1MDB dan Derma Najib Razak yang diadakan di Restoran Hao Xiang Chi, Sekinchan hari ini.

Dalam pada itu, Mahathir turut mendakwa separuh ahli Pas telah keluar parti berkenaan bagi menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) ekoran sudah tidak lagi percaya kepada pimpinan Abdul Hadi.

Menyentuh mengenai pelaksanaan hudud yang diperjuangkan oleh Pas, Mahathir berkata ia bertentangan dengan Islam kerana agama ini mengutamakan keadilan.

"Terpulang kepada rakyat, kalau hudud yang di bawa Pas, pasti dia akan sokong parti Islam itu tapi kalau ikut hudud Islam, saya fikir dia tak kan sokong Pas atau Umno," katanya

Selain daripada itu, Mahathir memaklumkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini adalah sebagai referendum bagi menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat kini menolak pimpinan beliau.

"Sudah tentu kita ingin mendapat kemenangan untuk tunjuk kepada Najib betapa rakyat benci padanya kerana menyalahgunakan kuasa dan membazir wang negara," dakwanya lagi.

Dalam majlis berkenaan, dianggarkan seramai kira-kira 500 orang masyarakat setempat hadir bagi turut sama dalam program berkenaan.

5 orang berkata:

Anonymous said...

sabar /ini bulan mulia.kita sedap tuduh orang Firaun,jangan2 nanti sikap kau yang seperti firaun.cuba nasihatkan cara baik khusus terhadap presiden Pas yang galak sangat menyokong PM yang banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat.semoga presiden aku sedar apa yang sedang dia lakukakan .

Anonymous said...

Klu jeled pom jgnlah maki hamun ikut perangai buruk hadi tu

Anonymous said...

Ulamak pak karamu pula gelarkan tun mahathir dgn gelaran maha firaun. Apa sudah jadi dgn pas skarang? Apakah ini islam pas????

Anonymous said...

Pak karamu walaunta ni cuma tau copy n paste jer. Maafkan lah dia.

Anonymous said...

Pak karamu iblis bertopengkan manusia..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.