Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KECOH .....

Sidang Media SAMM Kelam Kabut, Ratu Naga Muncul Cabar Azaharudin Bersumpah Laknat. - DGN KEMASKINI.

Kecoh . 

Isu pemalsuan tanda-tangan dalam Deklarasi Rakyat (DR selepas ini) semakin kecoh. 


Selepas isu SD berkenaan DR ini muncul beberapa perkara berlaku ;

1. Ratu Naga buat sumpah laknat menafikan mengenali individu bernama Azaharudin.

2. Namun tidak menafikan samada apa yang didedahkan oleh Azaharudin itu benar mahupun tidak.

3. Laporan polis oleh beberapa individu dan terbaru oleh ahli2 PAS pada semalam untuk mendesak PDRM agar menyiasat lebih lanjut tentang isi kandungan DR. Mereka bimbang identiti mereka disalahguna.

4. Mahathir mengakui 300k dan lebih tanda-tangan dalam DR adalah palsu. Namun ia telah dialihkeluar. Sebelum neh beberapa page pro Mahathir menafikan dakwaan Azaharudin. Dengan pengakuan terbuka Mahathir itu, admin2 page Mahathir pasti rasa malu.

Aku dah pernah bagitau dulu. Dakwaan Azaharudin tu kalau kita perhatikan betul-betul, dia bukan bagitau semua tanda-tangan tersebut palsu, sebaliknya hanya menyatakan wujudnya tanda-tangan palsu dalam DR tersebut. Samada Mahathir terlibat atau tidak dalam hal ini tidaklah dapat aku pastikan.

Tadi. Melalui laporan Malaysiakini. Ratu Naga telah muncul di sidang media SAMM tentang isu DR. Kenapa SAMM buat sidang media? Ini terjadi berikutan pada malam kelmarin satu SD muncul. SD kedua itu dikatakan ialah penafian terhadap SD pertama yang dibuat oleh Azaharudin. Dalam SD kedua itu, Azaharudin dikatakan mengakui wujudnya khilaf dalam SD pertama dan dia tampil dengan SD kedua kerana mahu membetulkan kekhilafan tersebut. SD kedua turut menyebut bahawanya Azaharudin diupah oleh Chegu Bard.

Walaubagaimanapun, sejurus penyebaran SD kedua berkenaan, Azaharuddin menerusi account facebooknya tampil menafikan penyebaran berkenaan. 

Baca : Jai Nafi Kewujudan SD Kedua

Baca : Ini Paparan Lengkap Perbualan RN & Kawan2 Dalam Pemalsuan Tanda-Tangan.

Sekarang, mari kita ke dalam sikit.

Tadi Ratu Naga muncul di sidang media SAMM bagi mencabar Azaharudin bersumpah laknat bahawanya mereka berdua saling kenal mengenali dan pernah berurusan tentang Deklarasi Rakyat sebelum ini. Laporan itu juga menyebut bahawanya Jai tidak memberikan apa-apa respon tentang cabaran berkenaan sebaliknya memilih untuk berdiam-diri. Selain itu Ratu Naga turut menyatakan keadaan dirinya yang sarat mengandung dan tiada masa nak memikirkan tentang isu DR dalam bulan2 terakhir ini.

Sebelum ini, beberapa kali Ratu Naga memberikan penegasan bahawanya dia langsung tak pernah berurusan dengan Azaharudin. Langsung tidak. Jadi kita faham disini bahawanya Ratu Naga mahu menyatakan dia dan Azaharudin langsung tidak pernah berhubung dalam apa jua kaedah sekalipun. Titik.

Sekarang. Kita buka kembali kotak-kotak memori kita tentang paparan screenshot yang pernah kita baca dulu. Paparan screenshot tentang perbualan Ratu Naga dan rakan-rakan sekomplotnya.

Pernah aku nyatakan dahulu. Dalam kumpulan tersebut. Jika kau perhatikan betul2 paparan screenshot tersebut, ada 4 orang.

Ya, 4 orang.

Kau dah tahu. Ratu Naga dan Jai = Azaharudin.

Tapi kau tak rasa pelik ke? Dalam perbualan tersebut, nama-nama yang kau nampak ialah Ratu Naga, Otai dan Zex.

Ko ada nampak tak sesiapa atau apa2 yang menyebut nama Jai? Aka Azaharudin? Nama panggilan kepada Azaharudin bukanlah Otai mahupun Zex.

Aku dapat tahu ini melalui account facebook Azaharuddin. Aku membaca bahawanya rakan2nya memanggilnya dengan nama Jai. Bukanlah Otai mahupun Zex.

Dalam paparan screenshot yang tersebar itu, nama Jai individu yang menyscreenshotkan kandungan2 mesej berkenaan telah ditutup.

Kenapa perlu tutup? Korang tak rasa pelik ke? Aku rasa pelik. Seriyus. Dia sendiri yang screenshot, dia sendiri yang tutup nama dia aka identiti dia. Tapi lepas tu dia pergi buat satu SD dengan sidang media apa bagai untuk dedahkan identiti dia kepada public. Tapi dalam paparan screenshot beria nau dia tutup. 

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Susah-susah kau cover.
Lepas tu buat PC pi dedahkan identiti kau dengan no ic apa bagai..
Tak rasa pelik ke woi?

EH, LUE FIKIRLAH SENDIRI.

KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAHKAH

------

DENGAN KEMASKINI.

SAMM menafikan sekeras-kerasnya yang ditutup itu adalah nama bagi mewakili mana-mana individu. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh didedahkan tetapi ia bukanlah
merujuk kepada mana-mana nama individu.


0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.