Ada pihak mahu RUU tergendala
MANONG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan terdapat
organisasi di belakang DAP cuba menghalang usul Rang Undang-Undang
Persendirian Akta 355 (RUU) diluluskan.
Dakwa beliau, organisasi itu gusar sekiranya RUU itu diluluskan akan lebih ramai orang bukan Islam memeluk Islam.
“Mereka takut kalau syariat Islam dilaksanakan pengikut-pengikut mereka
akan masuk Islam. Kita tak paksa mereka masuk Islam itu hak kita dan
itu hak mereka.
“Mereka akan saksikan keadilan mahkamah Islam, keadilan undang-undang
Islam ini sebenarnya tetapi mereka bermain kata-kata dan bermain
ucapan,” katanya ketika memberi ucapan pada Ceramah Perdana parti itu di
sini, semalam.
Jelas beliau, RUU itu merupakan usul untuk menaik taraf mahkamah Syariah dan bukan undang-undang hudud.
“Ini bukan undang-undang hudud, ini usul untuk menaikkan taraf mahkamah
syariah supaya mahkamah tidak boleh dihina dan yang kedua, untuk
memperkenalkan hukuman sebat Islam.
“Hukum sebat islam walaupun seratus tidak boleh mencederakan, tidak
menyiksakan namun di bawah fitrah khalayak ramai. Kita nak
memperkenalkan sebatan islam untuk mendidik.
“Terpulang kepada saudara saudari nak belajar dengan saya atau belajar agama dengan Lim Kit Siang,” ujarnya.
0 orang berkata:
Post a Comment