Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NIZAR BUAT HATI REMOK REDAM

Mastura tergores dengan Nizar, tapi tetap maafkannya
Mastura Mohd Yazid
Mastura Mohd Yazid - Foto Bernama

KUALA KANGSAR - Calon BN bagi PRK Kuala Kangsar,  Datin Mastura Mohd Yazid mengakui beliau tergores hati dengan kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya dalam kempen pembangkang di Sayong Lembah baru-baru ini. Namun, ujarnya beliau memaafkan kekhilafan Nizar tersebut.

"Sebagai seorang manusia biasa, seperti saudara semua, semestinya perkataan-perkataan itu menggores hati saya dan anak-anak.

"Tetapi saya maafkan Datuk Seri (Nizar) sebab saya percaya ALLAH  taala akan menunjukkan kebenaran kepada kita semua," katanya.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar sebelum ini dilaporkan berkata pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar adalah untuk 'mengajar' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid atas peranan mereka dalam krisis Perak pada 2009.

Pada pilihan raya parlimen 8 Jun ini, Mastura akan berdepan dengan calon Amanah, Dr Ahmad Termizi; calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pilihan raya kecil juga akan diadakan serentak pada 18 Jun ini di Sungai Besar kerana nahas yang sama meragut nyawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon yang adalah penyandang ahli parlimen kerusi tersebut.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Udah udah mas...kok ramadan bisa main togel....udah lupa neraka kok...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.