Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTIK AMANAH PEMBOHONG BESAR,PENGACAU TEGAR

Dakwaan Pas beri Amanah laluan sukar tidak benar
Rani dan Iskandar
Rani dan Iskandar ketika sidang media yang berlangsung hari ini. - Foto Sinar Harian

SIMPANG LIMA - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan bahawa parti Islam itu menyertai Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar bagi memberi laluan sukar kepada Parti Amanah Negara (Amanah) adalah tidak benar.

Menurut Rani, sebelum penubuhan Amanah lagi, Pas sememangnya telah mempunyai hasrat dan matlamat bagi menjatuhkan kepimpinan Umno serta BN.

"Perkara ini (matlamat) bukan hanya sekarang dinyatakan tapi sudah banyak kali ia disebut oleh pimpinan parti sejak tradisi dulu lagi di mana kita (Pas) nak jatuhkan Umno dan BN," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau, hari ini.

Selain daripada itu, Rani turut mempersoalkan penglibatan Amanah yang turut meletakkan calon mereka bagi bertanding dalam PRK kali ini.

Menurut Adun Meru itu, sekiranya Amanah turut berhasrat ingin menjatuhkan Umno dan BN, mereka tidak seharusnya campur tangan dengan turut sama meletakkan calon bagi bertanding dalam PRK Sungai Besar.

"Amanah saya tak tahu apa tujuan dia. Kalau betul dia nak jatuhkan Umno dan BN, kenapa dia nak campur masuk PRK ini juga,"katanya.

Dalam pada itu, Pengarah PRK Sungai Besar, Datuk Iskandar Abdul Samad turut memaklumkan bahawa Pas sememangnya serius untuk bertanding memandangkan seramai empat orang petugas parti berkenaan telah meninggal dunia sepanjang tempoh PRK ini.

Beliau berkata, insiden yang berlaku tersebut jelas membuktikan bahawa Pas sememangnya ingin menang dan menewaskan Umno serta BN.

"Jadi ini bermakna adalah tidak adil dan tidak sopan untuk sesiapa mengatakan bahawa Pas menyertai PRK ini sekadar suka-suka kerana telah ada petugas kita yang terkorban,"katanya.

PRK Sungai Besar kali ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru di antara BN, Pas serta Amanah bagi merubut kerusi Parlimen Sungai Besar.

2 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Sibuk betul PAS menyerang parti nyamuk hingga terlupa parti dianasor yang telah memyebabkan kesengsaraan rakyat. Adakah PAS hanya berlawan di PRK untuk menentang parti nyamuk sahaja?

Anonymous said...

Eh....parti nyamuk apa tu...kan parti beso tu, siap ada abg long dan kak long lg...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.