Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pokoknya adalah untuk kepentingan agama bukan untuk keputra Jaya

Umno tiada halangan bekerjasama dengan Pas
Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA KANGSAR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Pas asalkan kerjasama itu  membawa kebaikan kepada agama Islam.

Annuar yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau juga tidak berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Malah katanya, beliau turut mendoakan supaya apa yang diperkatakan oleh Nik Mohamad Abduh akan dimakbulkan ALLAH SWT.

"Dalam soal kita berpolitik, agama mesti didahulukan. Kita berjuang kerana agama.?Maka saya tidak berbeza pendapat dengan Nik Abduh. Bahawasanya di mana ada titik persamaan atas tuntutan agama, kita mesti bersatu sebab agama mengajar kita bersatu.

"Harus ada persatuan fikiran sebab kita adalah ahli syahadah. Kita kiblat satu, tuhan satu, kaabah yang satu, rasul yang satu. Jadi bila dia kata, Pas giat mendampingi Umno atas perkara yang satu, kebaikan agama, bagi saya Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di Kampung Lempor, di sini, hari ini.

Katanya, Umno dari dahulu lagi tidak pernah membuang Pas walaupun parti itu kerap menjatuhkan hukum terhadap Umno.

"Bagi saya Umno pada dahulu lagi, walaupun orang Pas tolak, kafirkan kita, tidak terima kita, kita tidak pernah buang orang Pas. Kerajaan BN terus tolong orang Pas. Terus berkhidmat pada orang Pas.

"Kelantan 20 tahun lebih tidak undi Umno pun, kita terus bantu Kelantan. Kerana apa? Kerana Islam mengajar kita sedemikian. Jadi saya kalau Pas merasakan mereka ingin bekerjasama dengan kita, terutama sekali perkara yang dituntut oleh syarak, maka Umno sangat-sangat mengalu-alukan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas akui giat mendekati Umno]

Semalam, Sinar Harian melaporkan Nik Mohamad Abduh mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, penyatuan Umno dan Pas hanyalah satu kepalsuan dan tidak boleh kekal lama, melainkan jika kesatuan itu berlandaskan kepada kefahaman dan nama agama.

"Tapi soal apa yang nak buat, apa yang tidak boleh buat, apa mampu apa tidak mampu, kita kena bincang.

"Saya tidak rujuk kepada perkara tertentu. Saya tidak rujuk kepada hudud tetapi secara umumnya kalau Pas sanggup bekerja sama dengan Umno atas perkara yang selari dengan agama dan syariat, pada saya itu adalah tuntutan dan kewajipan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," kata Annuar.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pakaramu,apa yg kamu selalu tulis sokong pas tunjukkan kamu sokong islam. Sy amat sedih dn marah kamu biarkn iklan judi..dimana islam kamu lebih2 lagi dibulan Ramadhan...buat malu org pas aje...makan taik lagi baik...

unknown said...

Asyik2 komen dari tokey judi. Bosanlah. Patut di halang oleh pentadbir.

unknown said...

Asyik2 komen dari tokey judi. Bosanlah. Patut di halang oleh pentadbir.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.