Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INGAT TAK ? SELEPAS MAKAN DEDAK DIA JADI FIRAUN ? HU HU HU

Tun Mahathir yang makan dedak, bukan Pas
Idris Ahmad

KUALA KANGSAR - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan Pas menerima dedak daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut Idris, Mahathir yang mengajar kroni-kroninya makan dedak dan bermula dari dia jugalah, pelbagai sistem ditukar bagi memastikan dia terus berkuasa.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri itu sejak dulu berdendam dengan Pas dan amarahnya semakin menjadi apabila Pas tidak menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat dibuatnya.

"Dia yang makan dedak dan kroni-kroni dia. Sekarang baru dia sedar orang lain makan dedak padahal dia yang mengajar. Bermula dari dialah, dalam Umno, rakyat diajar makan dedak. Sekarang dia ungkit orang lain pula.

"Mahathir sebenarnya tidak layak bercakap tentang 'reform' sebab semua legasi yang ada sekarang ini berpunca daripada dia. Rosak sistem kehakiman juga pada zaman dia.

"Pembinaan kroni-kroni juga bermula zaman dia. Kita tidak mahu serang dia kerana dia bukan lawan kita. Dia tiada kuasa, kita lawan dengan orang yang ada kuasa," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markaz Pas Kuala Kangsar, di sini, malam tadi selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di markaz tersebut.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga mengatakan tidak pelik apabila Mahathir kerap bercakap perihal Pas kerana memang sejak dulu lagi beliau sentiasa berbicara soal Pas kepada orang lain.

Dalam perkembangan lain, Idris menegaskan tidak perlu menuduh Pas mahu bersama dengan Umno apabila melihat parti itu mula mendekati Umno kerana ia merupakan politik keanak-anakan.

"Tidak timbul soal kita berbaik dengan Umno sebab kita nak bersama dengan Umno. Adakah kita nak tuduh DAP nak bersama BN bila tengok kemesraan Guan Eng peluk-peluk dengan Najib, Zahid? Bukan itu alasan dia.

"Kalau macam itu keadaannya, memang keanak-anakan sangatlah. Kita tahu mereka tiada hujah. Nak tuduh kami ada skandal, Pas memang tiada skandal. Akhirnya, kaitkan kita dengan Umno pula.

"Saya rasa memang kebudakan sangatlah. Tidak sepatutnya politik sebegini dalam zaman sekarang. Kita memang dekat dengan semua orang, dengan DAP dan PKR pun kita dekat," ujarnya.

5 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Ghozali zali said...

Bukan ka dah lumrah kebanyakkan umur mcm umur tun m tu dah jd mcm budak.

Ghozali zali said...

Bukan ka dah lumrah kebanyakkan umur mcm umur tun m tu dah jd mcm budak.

unknown said...

Asyik2 komen dari kaki judi. Bosanlah. Patut di halang oleh pentadbir blog ini.

unknown said...

Asyik2 komen dari kaki judi. Bosanlah. Patut di halang oleh pentadbir blog ini.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.