Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHNIAH PELUMBA NEGARA BERSAMA PAS ?


Pas tampilkan pelumba negara, Keon dalam kempennya
Pas tampilkan pelumba negara, Keon dalam kempennya
Khairul Idham Pawi ketika menerima plak anugerah khas daripada pihak Pas di Dataran Menora, Kuala Kangsar hari ini.

KUALA KANGSAR - Pas hari ini menampilkan juara motosikal dunia Moto3 Grand Prix Argentina, Khairul Idham Pawi bagi menyemarakkan kempen parti itu ‎di Parlimen Kuala Kangsar.

Khairul Idham atau lebih dikenali sebagai Keon, berasal dari Kampung Gajah, Perak sebelum ini berjaya  mencipta sejarah untuk Malaysia apabila muncul pelumba pertama negara menaiki podium tempat pertama Kejuaraan Motosikal Dunia selepas mendominasi saingan pada kejohanan itu.‎

Khairul Idham ketika ucapannya berkata, dia sangat  terharu dan berterima kasih atas kesudian Pas menjemput beliau bagi menyemarakkan program Pas.

'Saya ini malu sikit, apa-apapun doakan kemenangan saya pada perlumbaan akan datang," katanya ringkas dalam program yang diadakan Pas bersamanya di Dataran Menora, Kuala Kangsar hari ini.

Sementara itu calon Pas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad  yang turut serta dalam program itu, berharap anak muda menjadikan Khairul Idham sebagai contoh.

"Anak muda perlu menjadikan Khairul Idham sebagai contoh kerana pada perlumbaan  diluar negara dia masih menitik beratkan ciri-ciri Islam‎," katanya.

Sementara itu, dalam program tersebut Khairul Idham menerima plak anugerah khas bersempena dengan pencapaiannya daripada Pas.

Terdahulu dalam perlumbaan tersebut, Khairul Idham berjaya menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa terpantas 41 minit 35.452 saat ketika aksi di Litar Termas de Rio Hondo itu sekaligus 26 saat meninggalkan pelumba Sepanyol, Navarro (Estrella Galicia 0.0) serta Brad Binder (Red Bull KTM Ajo), 42m 5.791s.

Pelumba rookie negara itu melepasi garisan penamat dengan kelebihan 26.170 saat berbanding Jorge Navarro dari pasukan Estrella Galicia (Sepanyol) di tempat kedua dan Brad Binder dari Afrika selatan yang menunggang motosikal KTM di tempat ketiga.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.