Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERAS AHLI DAN PENGUNDI PAS MASIH UNGGUL

PENILAIAN PAS JIKA DILIHAT PADA KEPUTUSAN DI K.K DAN S.B MENUNJUKKAN KEKUATAN PEMBANGKANG MASIH TERLETAK PADA PAS, SEKALIPIN KEPUTUSAN DI S.B AMANAH,PKR DAN DAP MENGATASI JUMLAH UNDI - Pak Karamu

 

8 ALASAN PAS KALAH DUA PRK PARLIMEN!!!

Rasanya terlalu awal untuk PAS membuat kesimpulan dibawah. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah diorang kalah. Jadi terpaksa la diorang menjustifikasikan kekalahan yang mereka hadapi.

Berdasarkan kepada keputusan - keputusan yang baru di keluarkan bagi kedua - dua kawasan PRK kali ini, Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.
1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.
2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.
3. PAS yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului PH di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari PH di Sungai Besar.
4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50% kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.
5. Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.
6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.
7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.
8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.
Ulasan mengenai keputusan Pilihan Raya Kecil yang diadakan bagi kedua - dua kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ni kita buat esok. Sekarang biar BN nikmati hasil kemenangan diorang dulu. Kalau Mat Sabu nak menangis, itu dia punya pasal!!!

2 orang berkata:

Anonymous said...

Di sungai besar parti pas yg usia dah 50thn tapi jumlah undi rendah dari parti yg baru umur 8 bulan???

Hahaha hahaha lagi mau bongkak?

Anonymous said...

dasar bodoh sombong ajaran ayahpin dari marang

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.