Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SOKONGAN TERBUKA PKR KEPADA AMANAH JAWAPAN TEPAT KEPADA PAS PUTUS HUBUNGAN


TERINGAT KEPADA ISTILAH "KEMENANGAN ISLAM MASIH JAUH", ADALAH LEBIH TEPAT DIJADIKAN ASAS JUANG SETIAP AHLI PAS. PAS MENERIMA BERBAGAI ANCAMAN DAN DUGAAN UNTUK MENANG, NERMULA DARI PERPECAHANNYA DENGAN KUMPULAN PAKATAN RAKYAT. PAS TIDAK HENTI-HENTI MENGHADAPI DUGAAN, DAN  DUGAAN TERAKHIR ADALAH DARI PARTI PKR SECARA TERANGAN OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI TERSEBUT. TERIMA KASIH PKR. - Pak Karamu
 
 
PKR - Pas mungkin ‘putus cinta’ selepas PRK
Pas PKR

SHAH ALAM - Hubungan ikatan politik antara PKR dan Pas mungkin bakal menemui titik akhir selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, PKR dilihat secara jelas lebih memihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) berbanding Pas.

“Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu benar-benar ‘berpisah’ dengan Pas.

“Ini kerana Pas memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan Melayu. Kalau undi Amanah lebih banyak daripada Pas, mungkin tak apa,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Menurutnya lagi, PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan antara parti itu dengan Pas kerana pembangkang memerlukan kekuatan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama Amanah.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada Pas. PKR juga kena ingat bahawa Pas lebih disokong masyarakat Melayu berbanding Amanah,” katanya lagi.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.