Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INILAH DIA ! TIADA KERJA CARI KERJA, PERGI PULA KE PULAU BATU DIGALAS


Satu tindakan tidak bijak dari PM
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Tindakan memusatkan kuasa kepada tangan perdana menteri, seorang ahli politik berpentingan untuk parti dan dirinya, terutamanya ketika perdana menteri dipalit dengan pelbagai skandal, adalah tindakan yang silap dan sangat tidak bijak.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang politik tidak boleh diberi kuasa mutlak seperti berlaku pada Akta Majlis Keselamatan Negera (MKN) 2016 termasuklah dalam menentukan darurat, kerana ada konflik kepentingan yang jelas.

Katanya, kelulusan Yang di-Pertuan Agong wajib diperlukan dalam apa juga keadaan sebelum darurat boleh diisytiharkan.

"Orang politik cenderung mencipta alasan untuk mencampuradukkan kepentingan politik dan partinya dengan kepentingan negara.  

"Apakah ada jaminan MKN tidak disalahguna atas nama keselamatan negara kalau ada pemimpin tertinggi rasa dirinya terancam kerana penyelewengan seperti terlibat dalam penggubalan wang haram yang didedah di peringkat antarabangsa?," katanya, semalam.

Isnin lalu, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akta MKN yang diluluskan di Dewan Rakyat itu didakwa menghina peruntukan Perkara 38 (4), menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong.

Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.

Akta MKN beri kuasa mutlak kepada perdana menteri tanpa melalui Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan selama enam bulan, tertakluk kepada pembaharuan.  

Malah, akta itu juga diberi kuasa untuk menahan, mencari maklumat dan menangkap individu, dan juga untuk masuk, dan juga menggeledah mana-mana premis dan merampas harta tanpa waran.

Berhubung isu peguam Tun Dr Mahathir Mohamad diarah melihat kemungkinan membantu peguam Anwar untuk mencabar Akta MKN, beliau berkata, berdasarkan pengalaman menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melihat pada Akta MKN yang diluluskan, sudah tentu Mahathir memahami kesannya kepada negara dan sistem demokrasi negara.  

Katanya, dari perspektif rakyat dan aktivis pula, fobia mereka pada ISA yang disalahgunakan masih mendalam dan kini melanjut kepada Akta MKN yang kelihatan terlalu memberi kuasa kepada perdana menteri.

"Masalahnya sekarang, siapa dan apa kayu pengukur menentukan negara dalam bahaya, selain serangan pengganas? Apakah kerajaan juga merasakan penolakan rakyat secara besar-besaran terhadap amalan rasuah satu tindakan membahayakan negara sehingga memerlukan MKN dilaksanakan selepas ini?," katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Hadi pun tak cakap mcm neh.
Lawan tokey nampakkkkkk

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.