Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO DIA MASUK BERSATU DIA HEBAT


'Tun M hantar orang ajak saya sertai Bersatu'
Ahmad Said
Ahmad Said

KEMAMAN - Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kesetiaannya untuk terus bersama Umno dan tidak menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahmad, 59, yang menyertai Umno sejak berusia 18 tahun, berkata setakat ini beliau mahu terus berkhidmat untuk Umno tetapi tidak pasti sampai bila mampu bertahan dan berharap tiada pihak terus mempertikai serta mencabar kesetiaannya kepada parti.

"Tun Mahathir Mohamad, telah menghantar orang untuk berjumpa dengan saya untuk mengajak masuk PPBM. Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menawarkan kepada saya untuk menjadi Ahli Mesyuarat Tertinggi PPBM.

"Setakat ini, saya nak tengok dulu. Saya tak jawab lagi...tetapi tidak tahulah sampai bila, kalau desakan bertalu-talu saya takut saya tidak dapat bertahan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Kemaman, di sini.

Ahmad, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, berkata selain PPBM, beliau pernah ditawarkan menganggotai parti Pas, PKR dan Amanah, namun menolak kerana tidak mahu mengkhianati Umno.

Kata Ahmad, beliau tekad untuk terus kekal bersama-sama Umno bagi melihat perubahan yang bakal dilakukan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kemelut politik di Terengganu.

"Saya telah dimaklumkan bahawa Najib telah memanggil beberapa orang Adun untuk mendengar sendiri apa masalah yang membelenggu negeri ini.    

"Najib janji untuk mengadakan perubahan. Saya masih lagi ahli Umno...saya tidak berdendam cuma jangan kejutkan harimau yang sedang tidur," katanya yang turut mengingatkan perwakilan supaya tidak memandang rendah kepada kemunculan parti baharu.

Sementara itu, Ahmad meminta supaya siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca apabila hanya 686 daripada 973 perwakilan Umno bahagian itu menghadiri persidangan perwakilan berkenaan.

Kemaman menjadi satu-satunya bahagian di Terengganu yang persidangan perwakilannya dirasmikan sendiri ketua bahagian dan Ahmad berkata walaupun menghadapi kekangan dari pelbagai sudut, beliau tetap berharap perwakilan akan terus memberi sokongan kepadanya serta parti. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dengar kata dia tak nak masuk fasfisfus. Dia tak nak jadi walaunta. Dia tak nak jadi sedara PIGS.

Anonymous said...

Apa punya walaunta.
Belum bentang dah suruh wajib sokong.

Anonymous said...

Klu berkenaan islam ramailah yg persoal itu ini. Klu rang undang2 lain senyap sepi wlpun dah bentang dn dah lulus.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.