Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KASI TINGGI LAGI ITU PATUNG OK KE ?


Kos Taman Tugu sangat tidak munasabah
Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kos Taman Tugu yang menelan belanja sebanyak RM650 juta sebagai sesuatu yang terlalu tinggi dan tidak munasabah.

Abdul Khalid berkata, ini kerana melalui perbincangan bersama rakannya yang arif mengenai perihal ini, mendapati bahawa kos itu melebihi daripada apa yang sepatutnya.

"Saya telah menghubungi rakan lama, Datuk Ali Ahmad yang mempunyai pengalaman luas 30 tahun dalam pembukaan dan pengurusan ladang di Guthrie.

"Menurut anggaran paling tinggi berdasarkan pengalaman beliau, saya difahamkan bahawa kos pembersihan dan perataan tanah, penanaman dan penjagaan pokok kelapa sawit dari tunas hingga penuaian adalah sekitar RM21 juta setiap 1,000 hektar atau hanya RM21,000 per hektar.

"Justeru, sekiranya sedikit ekstrapolasi dilakukan, dianggarkan kos keseluruhan pembinaan taman hutan hujan sepatutnya tidaklah semahal mana lebih-lebih lagi apabila kos tanah langsung tidak wujud, diberi "percuma" oleh kerajaan pusat," katanya melalui kemas kini status Facebook hari ini.

Oleh itu, ujarnya kerajaan wajar mendapatkan khidmat pihak yang benar-benar arif dan profesional bagi membangunkan projek berkenaan, selain mengadakan perbincangan secara  terbuka dengan semua pihak berkepentingan.

Abdul Khalid sebelum ini  pernah mengetuai syarikat perladangan gergasi dunia Guthrie dan Permodalan Nasional Berhad menjelaskan pengalaman pahit akibat ketirisan, pembaziran dan salah guna dana awam wajib dijadikan teladan.

"Kesilapan lalu tidak patut dibenarkan berulang sekiranya kita serius mahu meningkatkan kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Pada 4 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata, projek  transformasi kawasan Tugu Negara kepada taman rimba kota (Taman Tugu) adalah antara usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Projek seluas 26.7 hektar yang fasa pertamanya akan siap pada pertengahan 2018, bertujuan menambah tempat beriadah untuk warga kota.

Ia merupakan projek tanggungjawab sosial korporat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan kerjasama beberapa kementerian serta syarikat swasta.

Projek di atas tanah yang dianggarkan bernilai RM2.1 bilion itu menelan kos RM650 juta yang 75 peratus atau RM500 juta dibiayai oleh Khazanah.  

Antara kemudahan yang disediakan setelah taman itu siap kelak ialah dek pejalan kaki yang akan menghubungkan taman itu dengan KL Sentral.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.