Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH BOLEH BEROPERASI


RoS serah sijil kelulusan pendaftaran kepada Bersatu
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini menyerahkan sijil kelulusan pendaftaran kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presiden Penajanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerima sijil tersebut sebelum itu hadir bersama anggota jawatankuasa penaja Bersatu ke RoS di sini bagi memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Muhyiddin berterima kasih kepada RoS dan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana memberi kelulusan pendaftaran untuk parti itu dalam tempoh 30 hari.

Muhyiddin sebelum ini menyerahkan permohonan bagi mendaftarkan parti itu pada 9 Ogos lalu.
Seorang pegawai RoS yang dihubungi Bernama menyatakan bahawa kelulusan tersebut diberikan setelah pihaknya berpuas hati dengan penjelasan daripada pihak PPBM berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu.

Semalam, Ahmad Zahid berkata kelulusan rasmi akan diberikan selepas pihak Bersatu memberi penjelasan berhubung peranan dan fungsi presiden serta pengerusi parti itu kepada RoS.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Bersatu yang ditemui media di RoS berkata beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Katanya usaha sedang dilaksanakan agar semua parti pembangkang bergabung dalam satu pakatan supaya tidak akan ada pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum nanti. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.