Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA UMNO TAKUT SANGAT DENGAN BERSATU ?


'Bukan mudah tumbangkan BN'
Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Foto Bernama

BAGAN DATOH - Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatukan semua parti pembangkang bagi menumbangkan kerajaan BN dilihat tidak akan menjadi semudah apa yang dikatakannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin cadangan berkenaan merupakan cadangan yang sukar diterima oleh semua parti pembangkang.

"Walaupun sifat pemaaf itu harus ada pada seseorang yang berjiwa besar tetapi mustahil tidak ada parut yang tertinggal.

"Jadi atas parut itulah saya yakin cadangan berkenaan sukar diterima untuk menyatukan semua parti dalam satu wadah kerana tokoh berkenaan juga menyebabkan parti-parti berkenaan masih berduka dan ada parut politik," katanya ketika sidang media selepas menyampaikan sumbangan 130 ekor lembu sempena Hari Raya Aidil Adha bagi Parlimen Bagan Datoh, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, walaupun adanya perkahwinan politik yang bakal dijalinkan ia hanyalah berbentuk sementara bagi mencapai tujuan pemimpin berkenaan.

"Janganlah ia dijadikan sebagai kuda tungangan untuk mencapai sesuatu tujuan kerana keikhlasan politik tersebut jelas dari tindakan yang dilakukannya.

"Ramai yang melihat tindakan tersebut semata-mata untuk mencapai tujuan seseorang dan diuruskan oleh orang lain seolah-olah memperlihatkan ada kesatuan dikalangan pimpinan parti berkenaan," katanya.

Menurut Ahmad Zahid, era lama pemimpin berkenaan telah lama berlalu dan jika ditanya mana-mana organisasi mereka mahukan pembaharuan.

"Jika lagu lama masih dimainkan apatah lagi lagu politik dan lagu kebencian didendangkan, tentulah tidak ada timbal balas baik diterima oleh mana-mana pengikut dan organisasi yang mahukan perubahan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.