Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERBANYAK KEPIMPINAN MUDA DISAMPING DASAR YANG LIBERAL


Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh
Bersatu perlu dimiliki tiga karisma untuk kukuh
Bersatu secara rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). – Foto Sinar Harian AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang rasmi didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada hari ini perlu mempunyai tiga karisma utama untuk terus bertapak kukuh di negara ini.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM),  Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian menggariskan tiga karisma utama yang perlu dimilik parti tersebut untuk terus bertapak kukuh di hati anak muda.

Kata Sivamurugan, Bersatu sebagai sebuah parti baharu perlu mengetengahkan orang muda dalam barisan kepimpinan.

Selain memberi nafas baharu dalam arena politik negara, langkah itu juga mampu mengekalkan ‘kesegaran’ idea dan pendapat kepimpinan parti itu.

"Anak muda harus diberi peluang terlibat dalam kepimpinan utama parti itu. Keterbukaan itu secara tidak langsung akan menarik minat penyertaan anak muda dalam parti," katanya kepada Sinar Online.

Mengulas lanjut, katanya, Bersatu juga perlu memegang dan mempertahankan prinsip perjuangan parti.

"Ia bagi mengekal dan menambah pengaruh masyarakat di negara ini. Tapi yang penting Bersatu perlu tonjolkan apa kelainan partinya daripada parti-parti yang ada.. Sebab jika sama saja dengan parti lain maka sukar mendapat sambutan," katanya lagi.

Ujarnya lagi, Bersatu juga harus memperkenalkan idea dan mengetengahkan isu semasa berkaitan golongan muda.

Jelasnya, menerusi langkah itu, orang muda akan melihat Bersatu sebagai sebuah parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.