Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK GUNA ANGKAT POLITIK ISLAM JIKA DASAR PARTI TAK BERUBAH


Umno disaran angkat politik Islam
Mohamed Khaled Nordin
Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU - Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyarankan agar Umno mengangkat politik Islam yang didokong selama ini ke tahap lebih baik dengan cara lebih progresif dan berkemajuan.

Mohamed Khaled berkata, Umno mesti memfokuskan kepada pengukuhan Islam sebagai agendanya demi kelangsungan parti ditunjangi orang Melayu itu.

"Jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam kebangkitan kebangsaan Melayu, maka, Islam juga harus terus penting dalam kelangsungan Umno.

"Cuma apa yang kita perlukan sekarang adalah lonjakan dan fokus yang lebih radikal, besar dan serius untuk mengarus perdanakan Islam dalam Umno secara lebih konstruktif, lebih mendasar dan lebih rapi," katanya.

Menteri Besar itu berucap pada penutup Seminar Komemoratif 70 Tahun Umno yang bertemakan "Islam, Nasionalisme dan Masa Depan Umno" di Pusat Konvensyen Antarbangsa Persada Johor di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, dengan mendalami syiar Islam, ia dapat menjadikan Malaysia lebih moden dan sejahtera selain membantu melonjakkan Melayu dan negara ke arah sebuah negara kesepakatan yang adil, berdaya saing, kuat dan dihormati.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk Umno dan Islam bergerak seiring melancarkan gerakan besar-besaran melaksanakan Agenda Melayu Maju yang bersandarkan politik Islam progresif dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti.

"Saya harus menegaskan bahawa politik Islam yang saya sarankan bukan tentang struktur, bukan tentang negara Islam dan hukum hakam. Ia lebih jauh dari semua itu.

"Politik Islam yang kita anjurkan menjurus kepada sistem nilai dan tadbir urus yang lebih baik yang berpasakkan keadilan, kebebasan, ketelusan dan kesepakatan.

"Amatlah penting kita sedari dan faham bahawa politik Islam itu amat luas," katanya. Mengenai seminar itu, Mohamed Khaled berkata ia merupakan cara berbeza dipilih Umno Johor dalam meraikan ulang tahun ke-70 parti keramat berkenaan.

Beliau berkata, langkah penganjuran seminar oleh Badan Perhubungan Umno Johor, institut pemikir Bait Al Amanah dan Institut Integriti, Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn (IKLAS) itu kena pada masanya untuk seluruh anggota Umno merenung sedalamnya dan mencari jalan ke hadapan dalam memantapkan parti tersebut.

Seminar sehari itu disertai lebih 500 peserta termasuk anggota Umno, pertubuhan bukan kerajaan, agensi kerajaan, mahasiswa dan badan profesional. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Tak guna parti politik pass kalau dah sebulan pun tak berani saman wsj. Makan dedak ke? Kalau tak makan mesti saman. Kalau dah termakan jangan makan pulakkk

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.