Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALASAN BODOH SEORANG AHLI PARLIMEN YANG TAK DE MARUAH

Mahfuz: Pas, Amanah sepatutnya bincang
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) sepatutnya mengadakan perbincangan tentang kerusi Parlimen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sejak dulu lagi.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu boleh mengelakkan perebutan kerusi antara kedua parti tersebut.

“Saya pernah cadangkan sebelum ini supaya Pas dan Amanah berbincang untuk pastikan satu lawan satu.

“Pas ambil satu kerusi dan Amanah pula ambil satu kerusi,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menurutnya lagi, tidak ada gunanya kedua parti itu saling berbalas serangan kerana musuh sebenar kedua parti itu adalah BN.

“Strategi Pas dan BN adalah suatu yang bijak. Menyasarkan pada musuh yang sama.

“Alangkah baiknya jika Pas dan Amanah menghalakan serangan pada BN,” katanya lagi.

Kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kini memasuki hari ketujuh dan‎ pengundian akan diadakan pada 18 Jun.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Manakala‎ PRK Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara  calon BN iaitu Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon Pas diwakili Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.