'Jangan terus tuduh kami pemakan dedak'
KUALA KANGSAR - "Saya bagi pihak Umno bahagian, kami sedih. Kami terus dituduh makan dedak di hadapan orang bukan Melayu."
Demikian luah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika
mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika berucap
membantu Pakatan Harapan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai
Besar, hari ini.
Soalnya, adakah Mahathir tidak sedar bahawa ketua Umno bahagian ini
pernah bekerja bersamanya dan menentang individu yang berhaluan kiri
sewaktu beliau menjawat jawatan presiden Umno.
"Lebih 30 tahun saya membela Tun (Mahathir) sebelum ini. Adakah kerana
saya makan dedak? Adakah kami, ketua-ketua bahagian kaya? Apa yang
disogokkan kepada kami?
"Saya duka cita diantuduh kamindi hadapan orang bukan Melayu, di bulan
yang mulia ini. Kami berkorban dengan macam-macam cara ketika
bersamanya," katanya ketika ditemui di Kampung Lempor, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi cuba lamar Najib demi 'manfaat']
Beliau berkata, Umno bahagian ini jugalah yang bekerja membantu beliau berjaya sebagai perdana menteri keempat.
"Saya rasa cukuplah. Tun naik sebelum ini kerana kami-kami ini yang berjuang.
"Kami tidak ikut Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Kami tak ikut Tun
Musa Hitam. Kami tidak ikut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan kami
hanya pada presiden. Sama juga seperti hari ini," katanya.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Mahathir itu tidak menunjukkan
sebarang keikhlasan melainkan hanya ingin melunaskan dendam terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya juga merasa hairan mengapa Tun boleh bekerjasama dengan Dap dan Amanah (Parti Amanah Negara).
"Amanah itu sendiri tidak amanah kerana berpaling tadah, berhenti separuh jalan ketika bersama Pas," katanya.
Mahathir dijadualkan akan membantu Pakatan Harapan berkempen di Kuala
Kangsar, esok dalam misi untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana
Menteri.
2 orang berkata:
Ya karamu ulamak walaunta, teruskan laa sokong dan berbaik baik dgn umno tuu. InsyaAllah rasul hadi akan berjaya satukan pas dan umno atas nama agama. Nanti boleh laa rasul hadi hapuskan dosa dosa korupsi pemimpin2 umno tuu, duit rakyat yg disalahguna berbillion2 tu akan dilupakan mcm tu saja.. lagi cepat pas umno bersatu, lagi cepat laa dosa dosa pemimpin diampunkan oleh rasul hadi. Aminnnn
Ustaz karamu dlm posting terdahulu menggelar tun mahathir dgn gelaran maha firaun. Inikah akhlak penganut pas? Sorang gelar mat sabu sbg mat sabun. Sorang lagi gelar tun mahathir sbg maha firaun.
Perangai memaki hamun siapakah yang kamu ikut? Ini ajaran quran kah? Atau ajaran pemimpin tertinggi kamu?
Post a Comment