Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AL-FATIHAH


Haron Din tokoh agama berjasa besar
Haron Din
Haron Din

KUALA LUMPUR - Setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung, Musyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di sisi anggota keluarganya.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din serta dua lelaki dan tiga perempuan.

Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940, di Bohor Mali, Kangar, Perlis kepada pasangan guru Al-Quran dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang mendalami ajaran Islam.

Selain dikenali sebagai pemimpin Pas, Haron juga terkenal sebagai tokoh pendidik kekeluargaan Islam dan pengamal perubatan Islam.

Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am Pas pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yan meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.


Haron bergiat aktif dalam Pas sejak 1974 ketika berusia 34 tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.  

Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Al-Kuliah al-Islamiah sebelum menyambung pelajaran di Kolej al-Islamiah Klang, Selangor dan Kolej Islam Malaya.

Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan di Universiti Kaherah sebelum menyambungnya di peringkat doktor falsafah dalam jurusan Syariah di Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Selepas kembali ke tanah air, beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam perubatan Islam.

Allahyarham Haron merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal dalam kalangan umat Islam.

Darussyifa', yang ditubuhkan pada 17 April 1988 di Bangi, kini memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Haron juga pernah dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi perbankan termasuk Bank Negara Malaysia, CIMB dan Muamalah Financial Consulting.

Pada 2010, Allahyarham dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Selangor.

Mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menulis beberapa buku ilmiah termasuk Manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam dan Hudud dalam Perudangan Islam. - Bernama

3 orang berkata:

Anonymous said...

Tak cerita pun penyatuan melayu-islam yg zahid lantik???

Sembunyi yek??

Anonymous said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.