Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAH MH 370 ?


Serpihan ditemui di Tanzania sah milik MH370
MH370
Serpihan pesawat yang di temui di Tanzania.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kementerian Pengangkutan hari ini memaklumkan serpihan pesawat yang dijumpai di Tanzania sah milik MH370.

Perkara terbabit disahkan selepas penelitian oleh pakar daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan yang ditemui disahkan sebahagian Boeing 777 kosisten dengan cop tarikh dengan tarikh penghantaran MH370.

Pembuat Itali juga mengesahkan semua nombor pada bahagian tersebut berkaitan dengan nombor siri yang telah dihantar ke Boeing iaitu nombor yang sama telah diserahkan kepada Malaysia Airlines didaftarkan sebagai 9M-MRO.


"Oleh itu, pakar telah membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut adalah dari pesawat 9M-MRO, juga dikenali sebagai MH370," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemeriksaan lanjut serpihan akan diteruskan, dengan harapan bahawa keterangan selanjutnya boleh terbongkar yang boleh memberikan harapan baru terhadap penyiasatan penerbangan MH370," katanya.

Serpihan itu dijumpai di Pulau Pemba, Tanzania pada 20 Jun lalu. Serpihan itu mengandungi angka dan tarikh yang mengesahkan ia milik pesawat 9M-MRO yang dibina pada 23 Januari 2002.

1 orang berkata:

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.