Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CADANGAN TIDAK MASUK AKAL


Cadang kenderaan kerajaan dikecuali Kejara, AES
Azih Muda
Azih Muda

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan diwujudkan satu klausa pengecualian  kepada pemandu kenderaan kerajaan daripada dikenakan tindakan pemotongan mata demerit apabila Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dijalankan serentak nanti.

Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, pelaksanaan serentak dua sistem itu‎ akan memberi kesan kepada lebih 50,000 pemandu kenderaan kerajaan, yang ada ketikanya terpaksa memandu melebihi had kelajuan ditetapkan atas faktor kepentingan urusan kerajaan.

Pemandu kenderaan polis, ambulans, bomba serta menteri antara yang tidak terkecuali dalam pelaksanaan sistem Kejara dan AES apabila ia dilaksanakan kelak.

Azih berkata, pemandu kenderaan kerajaan adalah tertakluk kepada tugasan seperti terlibat dalam operasi, mengejar penjenayah, menghantar pesakit atau terpaksa bergegas dari beberapa lokasi dalam masa yang singkat.    

"Apabila kamera AES mengesan kenderaan dipandu melebihi had, pemandu terbabit secara automatik akan disaman, dikenakan pemotongan mata demerit Kejara yang mungkin pada akhirnya lesen memandu mereka digantung jika jumlah kesalahan mencapai 20 mata seperti ditetapkan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini.

Azih berkata, keadaan sedemikian bukan sahaja merugikan pemandu malah memberi kesan kepada penugasan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan kerana mereka yang terbabit mungkin tidak boleh melakukan tugasan lain kerana jawatan hakiki mereka adalah sebagai pemandu.

Kebimbangan serta cadangan mewujudkan klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan antara yang dibangkitkan delegasi Cuepacs dalam pertemuan tertutup mereka dengan Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron selama sejam di ibu pejabat JPJ di sini.

Ditanya reaksi Ketua Pengarah JPJ terhadap cadangan berkenaan, Azih berkata,‎ Nadzri mengambil maklum mengenainya serta menjelaskan perincian lanjut perlu dilakukan kerana pelaksanaan kedua-dua skim tersebut masih baharu di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari lepas dilaporkan berkata, dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, AES dan Kejara akan dilaksanakan serentak selewat-lewatnya pada Mac.

Menurut Tiong Lai, pelaksanaan tersebut bukan bertujuan mendenda pemandu, sebaliknya penguatkuasaan AES dan Kejara merupakan satu daripada cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya. - Bernama

13 orang berkata:

Anonymous said...

Hangguk kau! Butoo

Anonymous said...

Besok bapak ko koma naik ambulan, ko suroh pemandu ambulan tu bawak 40 km/jam.

Anonymous said...

Umah bapak ko tebakar, ko tipon bomba. Tapi ko nasihatkan bomba bawak keta slow2 utk elak kemalangan. Suruh dia bawak 45 km/j

Anonymous said...

Kalu nampak polis kejor mat rempit, bagi nasihat bawak slow2 30 km/j. Seronok la mat rempit mcm ko.

Anonymous said...

Yg bawak menteri2, org2 besor, eloklah bawak slow mcm org lain. Kalu tak nak sampai lewat, bangun awal dan bertolak cepat. Jangan asyik nak potong Q.

Anonymous said...

Jawatankuasa penerangan ruu355 pas ada kat mana sekarang? Tengah buat penerangan pasal ruu355 kat sapa??

Anonymous said...

Dlm kes balak dan duit cikgu yik, kalu ikut ruu355, dia masuk kategori sapu ker, ambik ker, pinjam ker atau curi ker??

Ikut ruu355, apa hukumannya turr? Rotan ker, denda duit ker, potong tangan ker???

Anonymous said...

Adakah semua pemandu anggota bomba,polis,k.kesihatan? Jika ya, semua pemandu kami tangan awak adalah pemandu kereta peronda, ambulan,jentera bomba, saya setuju. Tetapi jika 50,000 pemandu tersebut kebanyakannya bukan seperti di atas, adalah tidak adil kerana mereka juga rakyat biasa juga.

Anonymous said...

Pemandu2 kerajaan yg tak ada kaitan dgn keselamatan rakyat atau urgent case tu perlu ikut peraturan spt rakyat biasa. Jangan nak mengada2 mintak keistimewaan mcm anggota keselamatan yg penting.

Anonymous said...

Ini usul nak bg ruang pd barua kerajaan ahli politik penghisap darah rakyat utk bawak laju, potong q dan guna polis utk eskot. Mengaitkan dengan agensi spt bomba dan ambulance utk menghalalkan cara. Kenapa begitu sebab ahli politik korup ni disiplin teruk,kerja kurang tp nak untung lebih... bangsat. Selama ini tiada masalah pun malah boleh disaman apabila suren dan beacon light dihidupkan. Bukan xtau mereka ini gunakan suatu yg biasa konon demi rakyat...rupanya ada udang disebalik batu...
Rakyat jgn percaya dgn statement si korup.

Unknown said...

Gila punya undang2.undang2 yg dicipta sepatutnya x pilih bulu. ni tak.org yg ada kaitan dgn krj nak dikecualikan.

Unknown said...

Gila punya undang2.undang2 yg dicipta sepatutnya x pilih bulu. ni tak.org yg ada kaitan dgn krj nak dikecualikan.

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.