Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS MENGENALI SETIAP KELIBAT SYAITAN ........

 MUNGKIN UMNO AKAN BERKATA BEGINI ? :

JIKA UMNO JAHAT
JIKA UMNO BUAT RASUAH
JIKA UMNO TAK BETUL
JIKA UMNO MENIPU
JIKA UMNO KHIANAT
JIKA UMNO ANTI ISLAM
JIKA UMNO ANTI RUU 355
JIKA.......
JIKA......
TAKKAN PAS NAK KAWAN DENGAN KITA ! 
TAKKAN PARTI ISLAM TU TAK TAHU NAK NILAI !!!
 

-Pak Karamu-
 
 
 
Pas perlu hati-hati dengan Umno
Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor
SHAH ALAM – Pas diminta berhati-hati dan tidak mudah percaya terhadap perubahan sikap Umno yang semakin ‘mesra’ dengan parti itu.

Bekas Senator Umno, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, beliau tahu dan faham motif sebenar Umno berbaik dengan Pas hanya untuk menutup penyelewengan yang dilakukan dan menyelamatkan kedudukan mereka untuk terus berkuasa.

“Saya minta tuan-tuan faham betul-betul kelunakan dan perubahan sikap mereka terhadap Pas hari ini atas motif apa. Saya tahu Saya akui pada awalnya saya mendukung usaha berbaik-baik ini kerana perpaduan dituntut agama kita.

“Tetapi setelah semakin jelas ia bukan untuk perpaduan sebenar tetapi untuk dan melakukan lebih banyak rasuah, saya membuat keputusan untuk meninggalkan mereka dan melawan mereka habis-habisan.

“Mereka tidak pernah anggap Pas kawan mereka. Mereka anggap Pas musuh nombor satu mereka kerana mereka faham betul sifir politik bahawa Pas lah yang boleh menggugat kedudukan Umno,” katanya menerusi surat terbuka yang didedahkan hari ini.

Menurutnya lagi, Umno juga faham sifir politik DAP tidak mampu menggugat kedudukan Umno.

Jelasnya, yang hanya memberi kesan kepada mereka adalah Pas.

“Maka seluruh perancangan adalah untuk meneutralkan dan melemahkan Pas bukan DAP.
“Golongan (Umno) ini akan menyerang saya macam-macam selepas ini. Saya sudah lali dengan serangan upahan. Saya tiada kepentingan politik,” ujarnya.

Katanya Mohamad Ezam lagi, beliau sebenarnya tidak berminat untuk sertai pilihan raya, namun atas rasa tanggungjawab dan kewajipan moral, hasrat tersebut perlu disambung semula bagi melawan pemimpin tidak bertanggungjawab negara ini.

“Baru-baru ini atas desakan ramai untuk saya kembali ke politik. Saya hanya setuju sebuah parti khusus isu rasuah sahaja. Ia bukan untuk mendapat jawatan dan kuasa tetapi fokus melawan orang berkuasa yang salah guna kuasa.

“Pas parti besar. Sejarahnya panjang. Jangan biarkan nama baik ini di lipatan sejarah pernah bersekongkol dengan sebuah parti pada waktu ia dipimpin oleh pemimpin yang terpalit dengan rasuah yang paling besar dalam sejarah,” katanya lagi.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Parti tua;
1) Umno umur dah 70 tahun
2) Pas umur dah 60 tahun

* Dua-dua parti ini semakin uzur dan nyanyok.

Anonymous said...

Dah tenat. Skang kat ICU
Tunggu masa untuk dikuburkan dan ditalkinkan.

Anonymous said...

Parti mu pulok.. mudo sangat... makan berak minum semua kena dap suapkan... berak pun terabor lagi ... gigi tadak ada hati nk gigit orang.. ha..ha..ha...
Nasib ko la hamba abdi politik.

Anonymous said...

Hamba abdi perasuah dan penjual agama.

Anonymous said...

Parti mung pun boleh tahan jugok. Parti mung kutip dedok kat tapak kaki lanung

Anonymous said...

Dah la tu pak lobai. Parti mung tu dah karang. Dah jadi tukung tiruang. Hj dol dah rasmikang.

Anonymous said...

Parti lobai PAS skrg pun dah serupa syaitan.

Anonymous said...

umno dia x taksub kat politik, dia nak wat duit je.. ko yg bodoh pk yg umno tu amek berat sebab ape ko nak kawan ngan dia skrg ni,seperti mana ko amek berat kat abg lim dulu? gitu ko pk? padahal abg lim pun bukan kesah pasal ko pun, dia ada matlamat dia.. ko pulak hanyalah sebuah parti dalam sistem demokrasi yg berpolitik hingga terbabas jual agama, budak kecik pun tau hal ni.. ko jgn ingat org dewasa x tau hal ni sedang budak kecik pun tau.. jadi ko ingat umno heran ke ko kawan ngan dia ni..??hehe..org belakon syok kat ko pun ko dah syok sendiri hehehe.. sebab ko bodoh dan syok sendiri la makanya sehingga ko tergamak sanjung abg lim tu sebagai khalifah umar abd aziz kesayangan ko dulu hihihi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.