Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIPU ADA DIMANA-MANA


Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
Beri tempoh 3 hari ganti dengan telefon asli
(Dari kanan) Razali dan Jaya Suria menunjukkan telefon bimbit dan surat perakuan daripada syarikat pengeluar jenama telefon bimbit. Turut kelihatan Mohd Aryan (kiri).
 
SEREMBAN – Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) memberi tempoh tiga hari bermula semalam, kepada pemilik sebuah kedai telefon bimbit di Terminal 1 di sini, untuk menggantikan telefon bimbit baharu yang asli kepada seorang pelajar kolej yang mendakwa ditipu dalam kejadian 12 Mei lalu.

Presiden, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, jika pemilik premis masih tidak mengendahkan amaran itu beliau akan membawa perkara itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan untuk diambil tindakan lebih tegas.

“Saya terpanggil untuk membantu mangsa lebih-lebih lagi dia merupakan seorang pelajar. Kita tak mahu duit, tapi nak ganti dengan telefon bimbit baru yang asli. Lagipun kejadian pembeli telefon bimbit ditipu di sini bukan pertama kali berlaku.

“Sebelum ini pun saya telah membawa perkara ini ketengah, tapi nampaknya sejak kebelakangan ini ia berulang semula dan mereka seolah-olah mempermainkan hak pengguna terutamanya membabitkan pelajar,”katanya pada sidang media diadakan di Terminal 1 di sini.

Hadir sama mangsa, Jaya Suri Abdullah,18, dan Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat (PPMM), Mohd Aryan Khalish Arumugam.

Selain itu Razali berkata, KPDNKK juga digesa untuk turun padang melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.

Razali berkata, sebagai sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) beliau akan terus memperjuangkan isu tersebut bagi mempertahankan hak pengguna.

“Kejadian seperti ini perlu dihebahkan supaya ia dapat beri kesedaran kepada orang ramai apa hak mereka selaku pengguna.

“Kita jangan biar peniaga mempermainkan hak kita dan pada masa sama peniaga juga perlu sedar tentang tanggungjawab mereka,” katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mangsa, kecewa apabila menyedari telefon bimbit jenis Samsung J5 yang dibeli dengan harga RM890 adalah tiruan apabila ia rosak selepas seminggu digunakan.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.