Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAYAHNYA ORANG SEKULAR HENDAK DIFAHAMKAN TENTANG ISLAM


EZAM KENA FAHAM TENTANG DASAR YANG DIBAWA OLEH PAS, EZAM TAK BOLEH SAMAKAN KEPALANYA
DENGAN DASAR YANG DIBAWA OLEH PAS HINGGA
TERPUTUSNYA TAHALUF SIYASI DENGAN PKR
 
EZAM TIDAK BOLEH SAMA SEKALI BERPANDANGAN
MENGIKUT KEPALA DIA TENTANG MASALAH RAKYAT DAN RASUAH, KERANA PERATURAN TAHALUF SIYASI
ADALAH MENGATASI MASALAH APA YANG EZAM MUSKILKAN.
 
SEBAB ITU SEBAGAI ORANG ISLAM KITA WAJIB TAHU BATAS-BATAS AGAMA DARI BATAS-BATAS SOSIAL
 
KERANA ITU JIKA KITA BEGITU YAKIN BAHAWA
ADA SATU CARA YANG LEBIH SEMPURNA DARI KESEMPURNAAN YANG DIBAWA OLEH ISLAM
MAKA SESUNGGUHNYA MEREKA TELAH MENJADI KAFIR, SEKALIPUN MEREKA ITU TERUS BERIBADAT KEPADA TUHAN
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
Keputusan Pas adalah langkah ke belakang
Mohamad Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor

SHAH ALAM - Keputusan Majlis Syura Pas yang sepakat untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR adalah merupakan satu langkah kebelakang dari sudut perjuangan besar bagi melawan kerajaan yang mengamalkan rasuah.

Bekas Senator, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor berkata, sekiranya maslahah rakyat adalah merupakan asas keputusan Pas maka persoalan rasuah seharusnya menjadi pertimbangan utama parti Islam itu kerana ia memberi kesan paling besar kepada masyarakat.

“Keperitan rakyat hari ini jelas kerana pentadbiran Putrajaya dipalit skandal kewangan terbesar yang di sebut secara rasmi dan terbuka di seluruh dunia sebagai kleptokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh memaklumkan bahawa terdapat banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam yang membawa kepada pembatalan tersebut.

Sehubungan itu, Ezam turut mempersolkan sama ada Pas melihat semua institusi Melayu seperti Tabung Haji (TH), Felda,dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang rosak.

“Demi maslahah rakyat marilah bersama jatuhkan dan ganti kerajaan yang paling rasuah ini.

“Janganlah memberi ruang kepada mereka untuk terus berkuasa dan terus mencuri hak rakyat secara besar-besaran dan terang-terangan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ezam berkata pihaknya percaya masih belum terlambat buat Pas untuk memperbetulkan keputusan mereka dan meletakkan keutamaan dalam pertimbangan politik pada hari ini.

Tambah beliau, ramai dikalangan pendokong Pas masih mahu bersama satu pasukan untuk melawan rejim rasuah dan membina kerajaan baharu.

“Jangan terperangkap dengan agenda perasuah yang mahu terus kekal berkuasa dan terus melakukan budaya tersebut,”katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Islam Pakkaram ialah bersubahat mengiklankan ramalam no.Togel...tulah Islam yg sebenarnya untuk ahli2 parti Pakkaram.

Anonymous said...

kesian pentaksub pas.. dia pun sebahgian sekular dia x tau.. sistem demokrasi tu 1 dunia tau sistem tu sekular hehe.. dia pun terjun duk dalam tu register parti dia jual agama kat situ hehe

Anonymous said...

Tidak ada lagi tahaluf siasi. Sekarang sudah tukar fulus siasi.

Fulusikom 3x

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.