Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MEMANG LEMAH,BANGANG DAN PUKUL KEPALA SENDIRI


DAH CAKAP DAH, MEMANG ANAK DIDIK DAP

BILA NAK PANDAI DALAM BERPOLITIKPUN 
TAK TAHU LA.
SIKAP BERPOLITIK, PANTANG LEKA
NAK NGAP SELALU.
TAK TUNJUK PROPESIONAL LANGSUNG,
BERPOLITIK MACAM KUCING
TUNGGU IKAN DARI TUANNYA 
YANG ALPA
-Pak Karamu-
Kritikan Salahuddin dedah kelemahan Amanah
Salahuddin
Salahuddin. Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KOTA BHARU - Kritikan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub, kononnya Pas tidak demokratik sekadar menelanjangkan sifat Amanah yang jauh berbeza dari sudut keislamannya dengan Pas.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, dakwaan Salahuddin ini juga secara tidak langsung mendedahkan kelemahan perjuangan Amanah berbanding Pas.

“Para pemimpin Amanah, termasuk Salahuddin, sering melaungkan bahawa Amanah adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenar berbanding perjuangan para pemimpin Pas yang dikatakan sudah terpesong dari landasan Islam.

"Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas Perlembagaan Pas dan Amanah membuktikan bahawa Perlembagaan Pas jauh lebih Islamik berbanding Perlembagaan Amanah, termasuk dalam isu pembuatan keputusan oleh Muktamar Tahunan,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bahawa Pas tidak demokratik kerana keputusan Muktamar Tahunan Pas masih dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak.

Menurutnya, ia tidak seperti Perlembagaan Amanah yang hanya menjadikan Konvensyen Nasional mempunyai kuasa tertinggi parti tertakluk kepada peruntukan di dalam perlembagaan itu, Perlembagaan Pas masih ada sekatan lain.

Malah, mengikut Perlembagaan Pas, kekuasaan Muktamar Tahunan adalah tertakluk kepada hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan Pas, iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

“Sebab itulah maka keputusan Muktamar Tahunan Pas, termasuk dalam isu pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR, masih perlu dirujukkan kepada Majlis Syura Ulamak bagi memastikan ia selari dengan hukum itu.

“Bila Perlembagaan Pas meletakkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijmak Ulamak dan Qias yang terang dan nyata sebagai hukum tertinggi manakala Perlembagaan Amanah tidak mempunyainya jelaslah Pas lebih Islamik,” katanya.

Tambah penganalisis politik itu lagi, malang bila Salahuddin yang begitu lama berkecimpung dalam Pas, termasuk menjadi Ketua Pemuda dari 2003 ke 2009 dan Naib Presiden dari 2009 ke 2015, tidak faham Perlembagaan Pas.

“Benar seperti disebut oleh Salahuddin, Perlembagaan Pas menyatakan kekuasaan Pas adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan, tetapi pelik jika beliau tidak tahu kekuasaan ini adalah tertakluk kepada peruntukan disebutkan.

“Salahuddin patut lebih rasional serta tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh emosi kebencian atau kemarahan bila memperkatakan mengenai sesuatu perkara yang membabitkan parti yang pernah dianggotainya itu.

“Jika Salahuddin mahu bercakap mengenai soal Pas kononnya tidak demokratik, pemimpin Pas juga boleh mempertikaikan prosedur pemilihan pemimpin tertinggi Amanah yang tidak demokratik seumpama prosedur DAP.

“Ini kerana Perlembagaan Amanah memperuntukkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden dan tidak lebih daripada tiga orang Naib Presidennya tidak dipilih secara terus oleh perwakilan di dalam Konvensyen Nasional.

“Sebaliknya, mereka dipilih oleh dan dari kalangan 26 Ahli Jawatankuasa Kepimpinan Kebangsaan yang dipilih oleh perwakilan bersama-sama Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Wanita Muda dan 14 Pengerusi Negeri,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Kerja lebai2 dan walaon biol Pas ni kalau tak mengkafir, menjahilkan dan membangangkan org lain tak tenang agaknya hidup mrk. Satu jari tunjuk kat org empat jari lg tunjuk kat muka sendiri.

Anonymous said...

Ai lebai.,bila kena troll terus minta bantuan geng pro umno ulaskan bagi pihak mereka.

Kesian

Anonymous said...

Majlis Syura buat keputusan pilih2, putuskan tahaluf siyasi dgn pkr konon tapi di selangor taknak keluar. kononnya menjaga maslahah. hahaha tu semua lebai lapar duit, sayang nak lepaskan elaun ribu2 di selangor. ini bukan majlis syura.. ini Majlis Soruu, buat keputusan ikut perut dan hawa nafsu mcm syaitan.

Anonymous said...

Dah dlm perlembagaan PAS kata muktamar adalah kuasa tertinggi dlm membuat sebarang keputusan. Dlm muktamar pun ada 'kepala & ekoq' MSU... dah setuju sebulat suara. Saja nak lambat-lambatkan keputusan..RM banyak tuuu kat Selangor. Yg lagi haru..lps MSU buat keputusan rasmi..lepas kat JK Pas Pusat pulak. Sebenaqnya sapa yg berkuasa (selain Hadi Awang la )...

Anonymous said...

Kesiannya, tak habis2 dendam kesumat. Sekarang tengok sendiri sape sebenarnya yg dok kutuk & maki hamun orang. PAS ke kamu.Sudah2 la tu

Anonymous said...

penyokong PH ni mana ada otak...menyondol mcm tut..tut je la yg diorg tau..kesian

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.