Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIGA PENJURU PASTI BERLAKU

BN rangka strategi hadapi situasi politik baharu
Zahid
Zahid Hamidi
 
PUTRAJAYA -  BN akan merangka strategi baharu dan menstruktur semula organisasi jentera bagi menghadapi situasi baharu berikutan pembatalan kerjasama politik atau tahaluf siyasi Pas dan PKR, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid selaku naib presiden Umno yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti itu mengakui bahawa senario politik baharu itu akan memberi cabaran baharu kepada BN dan Umno khususnya menjelang PRU14.

"Realiti politik harus diserapkan oleh Umno dan BN untuk melihat kaedah-kaedah terbaik dalam menangani isu ini. Tentunya kita harus menstruktur semula organisasi jentera Umno dan BN dalam menghadapi situasi baharu ini.

"Dulu, di kebanyakan kerusi Dun dan Parlimen atas kesepakatan mereka (Pas dan PKR), mungkin kita menghadapi pertandingan dua penjuru. Dengan situasi baharu ini, kita berkemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru.

"Cabaran tiga penjuru adalah berbeza. Kita harus memikirkan dalam jangka sederhana dan panjang bahawa ia adalah satu cabaran yang harus kita hadapi. Biarpun "the more the merrier' (lagi ramai lebih meriah), kita harus merangka strategi untuk menghadapi strategi yang disusun mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa mengenai Migrasi (IOM) William Lacy Swing di Bangunan Perdana Putra.

Semalam, Majlis Syura Ulama Pas sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan kerjasama politik dengan PKR secara serta-merta.

Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan itu dibuat merujuk kepada tindakan PKR melanggar beberapa syarat kerjasama politik antara Pas dan PKR yang terjalin sejak pilihan raya umum ke-11.

Antara pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi itu adalah tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

Selain itu, PKR juga mengkhianati hubungan politik dengan Pas antaranya mengadakan kerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan Kelantan dan menentang Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Parlimen Kuala Kangsar, Perak, tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata kerjasama politik yang terbatal itu jelas menunjukkan Pas mahu menjadi sebuah parti politik yang mempunyai identiti tersendiri dan yakin ia boleh  bersendirian  menghadapi PRU14  akan datang.

Mengenai amanat Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 Umno malam tadi, beliau berkata amanat oleh perdana menteri itu menunjukkan keikhlasan parti tunjang BN itu untuk menterjemahkan keperluan dan citarasa rakyat keseluruhannya. - Bernama

13 orang berkata:

Anonymous said...

Tiga penjuru pas yg cipta. No problem. Amat dialu2kan. Kita serang kelantan 200%. Kita meraikan tukun tiruan di kelantan.

Anonymous said...

Camner ko nak bayor Q7 velfire BMW range Rover tu bhaii? Baik2 bank tarik bhaii. Camner nok bayor banglo? Bini 3 camner nook suap?

Adoiiiiiiiiii...

Anonymous said...

Tak mungkin dan mustahil pas boleh menang dgn tiga penjuru. Nasib Tak baik, drp 222 calon, semua hilang Wang pertaruhan....

Anonymous said...

Arwah tgna yg naikkan pas. Tghh yg hancurkan pas.

Anonymous said...

Zaman nabi dulu kalu perang semua nak menang. Guna mcm2 strategi. Zaman sekarang orang yg mengaku lobai, bertanding bukan nak menang sangat. Skrg bertanding nak bagi pecah undi pembangkang. Strategi bukan utk menang tapi strategi utk kalah. Strategi utk menangkan amno. Senyum je bakal MB Husam

Anonymous said...

Amat yakob dah tak bole tido malam. Husam dah bole kemas kain baju senang nak pindah rumah rasmi mb lepas pru14

Anonymous said...

Kesian Nik Amar tak dan nok jadi mentri besar

Anonymous said...

Bestlah pas ni. Nak bagi kelantan Kat Husam.

Anonymous said...

Parti yg tiada maruah memperdagangkan agama utk kuasa dan Wang. Kemana2 pergi pun asyik bergaduh shj krn anggap diri sdiri saja yg islam. Org lain smua kafir. Org Selangor undi pakatan...bkn undi utk Parti Sesat. Sila berambus dr Selangor.

Anonymous said...

Zaid pun dah jelaskan dlm artikel ini bahawa mereka tidak berkawan dengan pas.
Maknanya BN (Umno + MCA + MIC) lawan PIGS (Pas + Ikatan + Gagasan Sejahtera)
lawan PH (Pkr + Bersatu + Amanah + Dap)

* Si janda PH gagal cuba mengatal dgn umno nya *

Semua orang geli kat si janda ni mungkin sebab mulutnya busuk x?

Anonymous said...

Parti lebai kera sumbang.

Anonymous said...

Nak serang kelantan 200% kunon,,,ahli tak sampai 1600 orang!! Parti ternakan dap tak sedar diri. Hampa tiada nilai langsung kpd pkr dan dap. Azmin sendiri tak kebulur dgn hampa tu...kah kah kah...

Anonymous said...

Kelantan? Rizab pun dah abis. Pas teruk bila bab memerintah. Lebih2 lagi bila ramai profesional dah keluar.
PRU 14 Pas tumbang di Kelantan. Amiin

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.