Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA BEKERJA DIBAWAH YANG DIPERTUAN AGONG

Salleh Man masih ahli Pas
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof
Mohd Fauzi

KEPALA BATAS - "Beliau masih lagi ahli Pas, tidak ada apa masalah, "itu antara reaksi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof mengenai status terkini Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Mohd Fauzi berkata Salleh Man masih lagi ahli Pas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Adun dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

"Dia masih lagi ahli Pas, ianya tidak jadi masalah, masih lagi bagi sumbangan kepada kita.

"Dia pun tidak melakukan sebarang serangan, kenyataan dan sebagainya, kita anggapnya sebagai ahli Pas dan kita biarkan dia pegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)," katanya.

Katanya, soal Salleh Man yang masih memegang jawatan sebagai Yang Dipertua MAINPP, ianya bukan satu perkara baru.

"Kita semua sedia maklum di negeri ini bukan perkara baru, dulu semasa peralihan kerajaan negeri semasa kerajaan BN ke Pakatan Rakyat, masa tu Datuk Shabudin pegang, lepas itu ganti dengan Elias zakaria dan kemudian diganti dengan Datuk Salleh Man.

"Di Pulau Pinang ini ianya tak jadi perkara yang mengejutkan dan harus faham bahawa MAINPP di bawah Yang Dipertuan Agong," katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaan adalah khidmat kepada rakyat.

"Jadi keutamaan kita adalah khidmat kepada rakyat, kita tak boleh jadikan sebab kita putus tahaluf tidak bekerjasama dengan sesebuah parti ini kita mengorbankan rakyat.

"Cuma kerjasama dengan parti politik berkenaan saja yang tiada, tapi dari sudut pergaulan, kerjasama kepada rakyat, program-program,kita teruskan macam biasa," katanya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Ni nak kuatkan hujah apa? Maksudnya apa?

Anonymous said...

Kita Bekerja KERANA ALLAH TAALA,KITA HIDUP, KITA MATI KERANA ALLAH PENCIPTA SEKALIAN ALAM

Anonymous said...

salleh man ni bagus.. semua puji dia..umno pun puji dia.. tapi kau p@$ x payah kencing aku...
Pru 14 dpn kau nk cantas dia..sb dia baik dgn Abg mat & Abg Lim..
kau nk letak ostaz pawas kt Dun dia pmtg pasir...ostaz pawas kahhhh kahhh kahhhh.ostaz ni ckp je pandai.. sayang kau x studi habis.. pmtg pasir skrg dh ditawan oren dah.....

Anonymous said...

Terbaik komen Tuan.

antiug said...

Mcmana nak study habis, dlm pas xda yg cerdik dah.....

Anonymous said...

Hadi pun dicadangkan jadi penasihat agong. Pas ni mmg lawak la, dah mula nak berselindung di belakang agong bila terdesak, sebijik mcm umno. Hahaha

Anonymous said...

Islam pembawa rahmat utk sekalian makhluk Allah dan alam semesta.

Anonymous said...

Org Pas penang keluar pas bukan sb oren semata-mata..
1-Kebajikan A-Z
2-Air paip Besih 5Star & termurah..
e
3-Keje byk kt Penang.. org islam luar Penang pun byk yg menumpang rezeki kt sini.. Abg Lim & Abg Mat x bising pun..
4-Kebersihan A+++++
5-Hospital kt sini bagus & laju bt keje..
6-JKR sini tip top..bt keje cermat & cepat..
Berbeza dgn kelantan... pimpinan je ulama.. tapi berlagak & ego... kereta x mau kalah range rover.. bini pun x mau kalah....tebang balak pun x mau kalah.. rakyat yg susah & x de keje disuruh sabar2... istiqamah.. air paip teruk..kebersihan teruk.. banjir hampir setiap tahun same je..

Anonymous said...

ade lagi 2 org penyibuk kt penang ni.. padahal bukan ank penang pun... sorang name afn@n & sorang yu$ni.. org kg baling..yg sorang tu lawan pengurusi masjid pun kalah.. kata p@$ kuat...yg sorang gi dok meroyan kutip derma buka sek.. tapi menyibuk lebih dari org Penang... pi rampas Baling dari Umno lagi bagus...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.