Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TANGKAP BOYE



Pekerja stesen janakuasa gempar jumpa buaya 1 tan

28/05/2017 12:54pm


Buaya seberat 1 tan berjaya ditangkap 10 pagi tadi.


KLANG - Sekumpulan pekerja stesen janakuasa elektrik Kapar Energy Venture (KEV) di Kampung Tok Muda di sini gempar apabila menemui seekor buaya terperangkap di sebuah pintu air kolam takungan milik syarikat itu semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam tadi buaya sepanjang kira-kira enam meter dan seberat hampir satu tan itu ditemui terperangkap di salah satu pintu kunci air di kawasan stesen janakuasa elektrik terbabit.
Tiga jam diambil untuk menaikkan buaya yang terperangkap di salah satu pintu kunci air.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.45 malam, sepasukan 14 anggota bersama jentera masing-masing telah bergegas ke lokasi penemuan buaya terbabit.

Katanya, sejurus tiba dilokasi kejadian, anggota kita dengan bantuan pekerja KEV telah memulakan operasi menangkap buaya terbabit sebelum menemui reptilia kira-kira pukul 4 pagi terperangkap di pintu air kolam takungan stesen janakuasa terbabit.

"Kami telah menggunakan kekunci rantai dan peralatan khas untuk menarik buaya yang terperangkap itu ke kawasan selamat.

"Kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menaikkan buaya terbabit kerana kedudukannya di kawasan sempit dan kedalamannya melebihi 9 meter selain berat buaya yang mencecah hampir satu tan ,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zaidi berkata, sejurus buaya tersebut berjaya dinaikkan dari pintu kunci air terbabit, reptilia itu kemudiannya menyerahkan reptilia terbabit kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
"Operasi keseluruhan tamat kira-kira pukul 10 pagi tadi . Tiada sebarang kejadian tidak diingini semasa operasi dan ia berjalan dengan lancar,"ujarnya. - K! ONLINE

8 orang berkata:

Anonymous said...

Hoi kera mu barua..x dok berita dh ke..hadi sewel..nik abodoh..nasaharudin al porno..ustad audi q7..dan lebai2 yg sewaktu denganya..itu aje lah yg tinggal dlm parti pasik skrg ni..dasar lebai bangsat..munafik

Anonymous said...

Anon 12.55,,,pahala puasa engko tu, di transfer kpd mereka2 yg ko maki hamun tu...( tu pun, jika ko ni org islam le,,aku rasa,org islam tidak maki hamun saudara dia mcmtu )

Anonymous said...

Barua umno batu api

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t...

Saya ahli Amanah mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka kpd semua umat islam. Mudah2an amalan kita diterima Allah. Jangan lupa malam ini kita bertarawih di masjid hasanah, bangi. Jangan lupa juga untuk mengundi PH di bandar baru bangi dan kawasan sekitarnya pada pru 14 akan datang. Amin ya Rab

Anonymous said...

Org pas menyamar kot?

Anonymous said...

Aminn

Anonymous said...

Ada 3 ekor buaya lagi. Itu lagi bahaya.

Lan said...

Pakar mu menunjukkan politik matang & sejahtera dengan berita buaya ini ...ha ha ha

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.