Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

O ooooo, ADA YANG NAK MELAWAN YEK ?

Azmin minta semua pihak hormati titah Sultan

Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali
 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata, Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin Pas tidak  lagi dijadikan isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco Pas terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

"InI membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Tuanku juga  bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Ini titah Tuanku dan semua pihak mesti patuh dan terima," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah Alam Seksyen 24 di sini.

Dalam titah khas hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco Pas dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri  sehingga ke tarikh PRU akan datang.

Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan Pas.

Tiga exco Pas ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kedudukan Exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei lepas memutuskan supaya  parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor  kerana tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

15 orang berkata:

Anonymous said...

Terima kasih kpd azmin kerana menerima kami. Kami bg taik pun tuan masih balas dengan bunga. Mulia sungguh hati tuan. Berbeza benar dgn boss2 kami.

Anonymous said...

Esok pru14, kami ahli2 pas akan undi azmin kerana membalas jasa baik azmin mengekalkan exco kami. Kami ahli pas akan bantah boss kami kalu ada calon pas yg nak lawan azmin

Anonymous said...

Lepas pru14 kami ahli pas akan desak boss kami untuk hantar nama azmin untuk jadi MB bagi penggal kedua. Kami mahu boss kami menghargai jasa besar azmin kerana mengekalkan 5000 pemegang jawatan ahli parti kami.

Anonymous said...

Kepada semua ahli pkr, undilah azmin pada pru14 nanti dan lantiklah azmin sebagai mb lagi. Kami ahli pas pun sokong azmin. Oleh itu kamu ahli pkr pun mesti sokong azmin juga. Jalan berlubang2 yg byk kat selangor tu buat2 tak nampak aje la.

Anonymous said...

Kalau ada calon pas lawan azmin pada pru14 nanti, kami ahli pas tidak akan undi calon pas itu. Kami akan undi azmin jugak sebagai membalas jasa azmin terhadap 5000 pemegang jawatan pas di sini. Azmin jangan risau kerana kami akan balas budi azmin.

Anonymous said...

Kami ahli pas akan mintak pakkaramu buat promotion supaya ahli pas akan undi azmin. Kami percaya pakkaramu pun akan membalas jasa azmin kerana mengekalkan exco kita. Orang dah buat baik kpd kita, pakkaramu pun mesti buat baik dengan orang itu.

Anonymous said...

Kalau pkr kalah tapi azmin seorang saja menang pun, kita ahli pas akan mintak PJ parti kita hantar nama azmin jugak sbg mb. Orang buat baik, kita mesti balas dgn baik. Oleh itu pak karamu pun mesti undi azmin dan menyokong azmin dengan sepenuh hati.

Anonymous said...

Saya ahli pas menyeru semua rakan ahli pkr dan pas gombak untuk mengundi azmin sahaja. Tolong jangan undi parti lain kecuali azmin sahaja sbb azmin dah tolong kita kekalkan exco dari parti pas kita. Kita boleh pisah dgn pkr tetapi jangan pisah dengan azmin. Marilah mita ahli pas dan rakan2 kita ahli pkr jangan marah pada azmin.

Anonymous said...

Walaupun azmin parti pkr namun kami ahli pas tidak akan buruk2kan azmin. Kami akan lawan jika ada orang yang cuba jatuhkan azmin sebagai mb.

Anonymous said...

dah la x payah drama maksum la masing2, tegak bulu roma aku baca geli geleman hehe.. korang tengok x parti jual agama bukan main puji sultan la ni, sebab ape? sebab keputusan sultan memehak ke dia, walhal sultan ntah2 x pedulik pun pasal pas jual agama tu langsung hehe, sultan mengenang kestabilan rakyat je.. aku rasa gitu, x mau hidup harian rakyat jadi semak, banyak benda lain lagi nak buat..korang ingat x pas jual agama dulu baring2 tengah jalan lawan sultan kan? x ingat?korang mana ingat sebab masa tu korang berkawan lagi dan saling jilat bontot masing2 hehehe.. pas dari dulu pun x hormat sultan pun.. asal parti abg lim khalifah terbabas je menyinggung perasaan, pas jual agama akan backup hehehe.. betol?bukan setakat tu, bahkan yg telanjang, yg x pakai tudung dari parti abg lim khalifah pun pas backup hehehe.. betol kan? x payah buat2 lupa la yg baring tengah jalan memalukan anak cucu dulu lawan sultan tu sape? x payah beria2 belakon mcm parti ko ialah sebuah parti yg rendah hati dan sayang pada sultannye hehehehe..kepada pentaksub parti kaki bontot pulak, korang x yah sembang mcm petir sangat,parti kaki bontot ko tu pun sayang jawatan mcm parti jual agama tu gak.. sebab tu dia puji korang "matang" kat selangor hahahahaha.. barua tol hihihi..

Anonymous said...

Orang umno hamba 3 parti besar kapir
1) MCA
2) Gerakan
3) MIC

Anonymous said...

Saya Abe Safuan bin Hj Hadi Toi, ahli parti Pas malaysia cawangan Gombak dengan ini berjanji akan mengundi Azmin kerana jasa-jasa beliau yang telah mengekalkan exco pas dalam pentadbirannya, Dengan ini saya, anak beranak dan sedara mara akan mengundi azmin dalam pru14 nanti. Jadi saya mintalah ahli2 pas semua membalas kebaikan azmin itu. Ada ubi ada batas, ada teksi ada bas, orang dah bagi kita mesti balas. terima kasih.

Anonymous said...

Saya sebagai ahli pas berharap supaya Presiden Pas dan PJ pas Selangor tidak meletakkan calon 3 pentuju di tempat azmin menjadi calon sebab azmin yang baik hati telah memenuhi permintaan kita supaya mengekalkan pemegang jawatan lantikan ahli pas di sini. Saya juga mencadangkan supaya ahli pas supaya jangan sabotaj azmin dalam pru 14 nanti serta tidak memburuk2kan pentadbiran negeri di bawah azmin supaya negeri ini stabil, aman dan harmoni.

Jadinya, marilah kita ahli2 pas sama2 keluar meramaikan hari penamaan calun untuk azmin. Jadi pada hari itu kita ahli pas pakailah baju warna biru muda sebagai sokongan kita kepada azmin. Jika ada calon pas di kawasan azmin masuk bertanding, kita mesti memboikot calon pas itu sebab jasa azmin lebih besar. Calon pas tu apa jasa dia pada exco dan presiden kita yang tercinta??

Saya juga menyeru supaya ahli2 pas solat hajat supaya sudara azmin menang supaya dapat menjadi mb kita kerana jasanya pada parti pas dalam mempertahankan exco kita walaupun kedudukan kita masa itu tergugat. Jadi dengan itu, berdoalah solat hajatlah kita supaya saudara kita iaitu azmin, parti gagasan sejahtera dan parti cinta malaysia yang sealiran dengan kita supaya menang pru14.

kalau boleh, selain menjadi mb semula, kita sangat harap presiden dan ahli majlis akhirat akan memberi nama azmin sebagai PM yg ke-7.

Hidup pas, hidup azmin (3X)

Anonymous said...

Pandir si tukang sibuk itu tak tahu satu hal ini bahawa mereka itu hanya spt yeratai yg akarpun tak mampu jejak kebumi.sekali biduk dap lalu terkaitlah mereka menjjadi ekornya.sudah begitu cuba pula berpaut pada dahan rapuh pkr.asmin kalau lepaskan Pas jawabnya mb pun melepas.bkn asmin tak tahu tu.

pak alresky said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO


>>>>>TOTO TOGEL MALAYIA KLIK DISINI <<<<<


PESUGIHAN DAN PELET KLIK DISINI


















 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.