Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BODOH TIDAK SEBARANG TANGGUNG

ORANG MELAYU SUDAH PANDAI AGAMA
SEBAB ITU MEREKA TINGGALKAN SEMANGAT BANGSA
 
ORANG MELAYU KHUSUSNYA UMNO
MEREKA PILIH ISLAM UNTUK MEMBELA
SEMANGAT BANGSA
 
ORANG UMNO KATA :
"YANG MENYELAMATKAN BANGSA BUKAN
BANGSA, TAPI ISLAM YANG MENYELAMATKAN BANGSA". BERERTI UMNO SUDAH FAHAM
APA KEHENDAK AGAMA
 
YANG TAK FAHAM AGAMA HANYA MAHADHIR AND THE GENG DALAM BERSATU
 
BILA MAHADHIR TINGGALKAN UMNO
MACAM DIA TINGGALKAN AGAMA LA,
 
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
Melayu hilang semangat bangsa
Tun Mahathir
Tun Mahathir
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu ketika ini sudah hilang semangat kebangsaan.

Menurut beliau, ia berbeza dengan semangat orang Melayu ketika di zaman penjajahan.

“Saya membesar di zaman perjuangan melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada penjajahan British. Di waktu itu semangat kebangsaan sahaja yang mendorong saya dan kawan-kawan bergerak dan berkorban duit sendiri yang sedikit bagi menjayakan perjuangan.

“Tidak ada harapan untuk mendapat apa-apa balasan selain daripada tebusan maruah bangsa. Hari ini orang Melayu sudah banyak berubah. Bagi ramai daripada kita, sudah tidak ada lagi kesayangan kepada bangsa dan negara,”  katanya pada catatan di blognya, semalam.

Pengerusi Bersatu itu berkata, semangat kebangsaan sering kali dicemuh sebagai perkauman dan orang Melayu malu jika bersemangat Melayu.

“Sekarang ini ramai yang tidak boleh menerima bahawa seseorang boleh sayang kepada bangsa dan negara sehingga sanggup korban keselesaan hidup diri sendiri. Sesungguhnya saya amat sedih akan kehilangan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu, tua dan muda.

“Jika tidak diupah dengan duit, pangkat atau jawatan, kontrak atau sebagainya biarlah negara hancur, tidak ada apa-apa yang sanggup dibuat untuk menyelamatnya. Jauh sekali daripada menghadapi sedikit risiko,” katanya.

Katanya lagi, bangsa Melayu akan gagal dan hilang dari muka bumi ini apabila budaya tersebut menggantikan semangat kebangsaan.

“Dalam sejarah manusia banyak bangsa yang sudah tidak ada lagi. Ada yang hanya tercatit dalam buku sejarah. Ada yang hilang sama sekali.

“Apakah buku sejarah pada masa depan  akan tertulis di dalamnya.

“Maka di zaman dahulu terdapat satu bangsa dikenali sebagai Melayu, yang sudah pun hilang, kerana semangat bangsa luput diganti dengan ketamakan nafsu”,” sindirnya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Sbb parti pastaik lobai sudah sapu dodak. Somangat dio sudah Kona koncing geng lanun

Anonymous said...

Kini pas antara parti yg paling kuat semangat bangsa. Cina Islam pun tak nak pas. Kat kelantan 23 cina Islam serah borang masuk Pan. Apa cerita ni

Anonymous said...

Pasik kepala buto. Kepala buto tarr snaker

Anonymous said...

Bila kita bukan ahli pas, kits tak sokong pas, mereka akan terus hukum kita sebagai penyokong dap atau penyokong Kristian.

Bukankah mereka itu penternak fitnah sama seperti ketua mereka walaupun bertopengkan jubah dan serban

Anonymous said...

Pas tidak pernah bermusuh dgn dap ka, kristian ka. Itu dasar pas. Jgn la korang fitnah pas memusuhi org yg bukan ahli pas..ini dosa kering namanya. Tetapi, apabila sudah jelas dap memusuhi agenda islam pas,,pas tinggalkan dap. Ini lumrah di dalam kehidupan. Yg tidak lumrah ialah org islam yg memihak kpd dap yg jelas memusuhi agama dia, dan dalam masa yg sama memfitnah pas dgn fitnah dedak dan sebagainya. Ini semua rekaan cina dap utk kelirukan sesetengah ahli pas. Dap berjaya juga akhirnya dan tertubuh lah pan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.