Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CONTOH KENYATAAN ORANG MUNAFIK ADALAH JELAS


Jangan main tuduh sahaja!
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan 
 
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya meneliti terlebih dahulu kenyataan beliau terutamanya beberapa salah faham dan penyelewengan fakta yang dihamburkan terhadap Pas.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan yang dibacakan sendiri oleh anak beliau, Nurul Izzah pada Kongres PKR, kelmarin adalah tidak benar dan jauh dari realiti.

Menurutnya, dalam isu GST, Pas adalah parti yang konsisten menolak pelaksanaannya.

Malah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan sebuah artikel menjelaskan konsistensi pendirian Pas terhadap GST yang bertajuk 'Mengapa Pas menentang GST?' pada 9 Januari 2014.

"Sebaliknya, persoalan yang sama sepatutnya diajukan kepada beliau (Anwar) dan PKR, adakah benar mereka menolak secara total perlaksanaan GST? Bagaimana pula dengan kenyataan beliau sendiri yang jelas menyokong dan menyebelahi GST meskipun meletakkan pelbagai syarat dalam perlaksanaannya.

"Begitu juga kenyataan Nurul Izzah dalam blog beliau pada 29 April 2017 yang menyatakan Pakatan Harapan kekal konsisten dengan pendapat kami bahawa GST tidak sepatutnya dilaksanakan secara terburu-buru," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, meletakkan syarat sebelum melaksanakannya bermakna seseorang itu tidak menolak perkara tersebut.

Tambahnya, malah, pada Oktober 1992, sewaktu membentang bajet 1993, Anwar turut menegaskan GST perlu dilaksanakan dalam kondisi yang transparent dan efisyen.

"Selain itu, Anwar  turut menyatakan bahawa Pas tidak membantah kenaikan harga minyak dan gula. Mungkin beliau tidak pernah didedahkan dengan pelbagai kenyataan pimpinan Pas yang menjelaskan pendirian kami berhubung kedua-dua isu tersebut.

"Kebelakangan ini beliau (Anwar) dilihat menggunakan nama Pas untuk diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan.

"Ini juga membuktikan Pas semakin menjadi tumpuan lensa politik di Malaysia dan banyak pihak mahu melihat Pas jatuh, malangnya sehari demi sehari Pas semakin relevan dan konsisten," katanya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

1MDB pulak mcm mna? Ada??
Tang fulusikom, sonyapppp

Anonymous said...

Memang hebat pas ni lawan gst. Kita kagummmmmmmm sangat2.

CUMA BILA TIME UNDI, SEMUA PAKAT BERKECUALI. TAK PUN PONTENG KELAS.

Pak Karam....sapa munapik?

Anonymous said...

Anwar cakap jgn hapus gst on the spot. Sbb peniaga dah beli peralatan utk gst. TAPI GST AKAN DIUBAH PADA 0%. Lepas tu beransur2 dihapuskan.

Tak kan pak karam tak faham maksud gst 0%???? Bodoh sgt la kalu tak faham

Anonymous said...

Anwar kata, klu kjaan nak jugak buat gst, dia perlu dilaksanakan dgn telus. Maknanya klu kjaan dah x boleh nak dihalang jugak, gst perlu dibuat dgn telus. Brg yg tak naik jgn dinaikkan. Org miskin kena dibantu. Penipu gst perlu dipantau. Duit gst jgn dicilok.

Tu maksud dia. Ayat tu bukan bermaksud dia sokong gst. Dia tak kata pun "saya sokong gst". Tapi byk munafik yg putar belit kenyataan nuar terutamanya geng pak karam.

Anonymous said...

Anwar tak buruk2kan pas pun. Dia cuma kata dia kecewa dgn pas sbb pas dah berbaik dgn umno. Pas dah lari dr perjuangan asal. Memang betul pun. Bukan nuar je cakap, semua org cakap. Satu dunia. SR pun cakap.

Nuar tak burukkan pkr pun. Dia cuma cakap, pas tak kerjasama dgn pkr lagi sbb pkr tak baik, adalah kenyataan yg tak betul. Dia kata pas silap dan dia sedey.

Nuar tak burukkan pas. Cuma dia cakap pkr tak perlu susah2 layan ruu lagi sbb dah tak kerjasama.

Tapi tu la, nuar sedey pun geng pak karam kata nuar buruk2kan pas. Penipu betul geng pak karam

Anonymous said...

Tn haji mengeluarkan artikel tentang gst tu pada tahun 2014 sbb TAHUN TU ADA PRU 13.

Lepas 2014, tn hj tak kuar lagi artikel tentang gst.

Ni skang DAH DEKAT PRU 14, GENG PAK KARAM KUAR PASAL GST KAT BLOG PAK KARAM.

Sbb ada PRU semua tunjuk mcm ambik berat pasal rakyat. Klu tak ada pru, suma cerita ruu, q7......piiii daaaa

Anonymous said...

Kenyataan nurul izzah dlm kongres pkr adalah betul dan tepat. Memang betul Pas dah baik dgn umno. Contoh tn hj berpeluk dgn najib dan sedondon. Hantar kapal rohingya sama2 berkepit. Tak kan ler cam tu tak berbaik??? Perhimpunan ruu pun ajak org umno. Tu tak berbaik ke?

Yg pak karam and the gang takut sangat nak cakap pas dan umno berbaik tu apa pasal? Bukankah islam suruh kita berbaik sesama islam? Nik abduh pun ada cakap nak berbaik kan. Apa yg izzah cakap tu tak tepat ke??

Apa la geng pak karamu ni...koner baring kuat sangat laa.

Anonymous said...

Geng pak karam kata anuar burukkan pas dgn berbagai tohmahan. Boleh pak karam tolong senaraikan? Kita boleh sama2 semak sama ada ayat nuar tu tohmahan atau bukan.

Anonymous said...

Apa kelas pas perintah Kelantan pun nak lingkup ..rezab abis
Geng umno paling ramai jadi hamba kapir
Jadi anjing MCA
Jadi anjing Gerakan
Jadi anjing MIC
hamba kepada 3 tuan!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.