Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PASAL BUAT PROVOKASI ?


Guan Eng kesal pegawainya ditampar
Lim Guan Eng
Lim Guan Eng. 
 
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng kesal dengan apa yang berlaku ke atas Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad yang ditampar peserta himpunan di hadapan sebuah masjid semalam.

Guan Eng berkata, budaya memukul orang dilihat menjadi budaya baharu yang dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat negara ini pada masa kini.

Menurutnya, keganasan tidak perlu berlaku sekiranya terdapat perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara sebaliknya boleh dibincang dengan baik.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia tidak seharusnya berlaku keganasan di kalangan masyarakat kita. Walau apa pun, tak boleh pukul orang. Saya lihat ini dah jadi budaya baru. Saya juga amat prihatin dengan apa yang berlaku ke atas pegawai saya.

"Apa-apa hal atau tak sependapat, akan pukul orang. Ini bukan budaya Malaysia, ia budaya luar yang ganas dibawa masuk ke dalam kehidupan masyarakat Malaysia," katanya kepada media di Majlis Amal Rock-A-Duck di Batu Feringghi, hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian tersebut di mana Zaidi ditampar peserta himpunan aman yang membantah campur tangan Kerajaan Pulau Pinang dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, Georgetown, 2.30 petang semalam.

Himpunan aman itu bertukar kecoh apabila dikatakan Zaidi cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin ketika sedang berucap selepas solat Jumaat.

Bagaimanapun, kekecohan itu berjaya dikawal beberapa anggota polis cawangan khas yang berada di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, dia menyerahkan kes itu kepada Zaidi untuk menguruskannya.

"Saya sudah hubungi dia (Zaidi) dan dia kata dia nak urus sendiri. Ini kerana, kejadian itu tiada kaitan dengan jawatannya sebagai pegawai kerajaan negeri tetapi lebih kepada peribadi.

"Lagi pun kejadian itu berlaku ketika dia pergi sembahyang. Saya hormat keputusan dia dan akan serahkan untuk dia urus sendiri," katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Powertrain....ape kata Magnum cop.nak tumpang siar keputusan no.4D dan Toto kat blog penyokong kuat parti Pus ni..takan siar ramalan no.Togel bolih 4D tak bolih ?

Lan said...

Bila d tanya fatwa apa yg DAP campur tangan x boleh jawab . So penampar aje lah . Biasa lah standard pejuang ikut2 .....

Anonymous said...

Mejar tu nak tunjuk setia dgn tokong,,nak tunjuk baik konon,,padahal pecacai cina kapir ja pun. Patutnya dia tanya bekas mufti ppinang yg mengaku ada campurtangan km ppinang dlm isu ini. Bukan tak boleh jawab, tp tak sempat nak jawab, penampag yg tolong jawab dulu...ha ha....

Anonymous said...

Kesian Mejar yg dipecat tuh...didunia lg dah terhina...bertaubatla drp menjadi cai DAP utk gaji dan elaun bulanan.

Anonymous said...

Suruh zaidi samak muka dia. Dengar cerita babi tampar muka dia.

Anonymous said...

Klu aku la, aku cari sampai lubang cacing. Aku tampar balik. Ramai berani, sorang2 tengok mai, berani ka hangpa?

Anonymous said...

Yg tampaq tu PIGS kan

Anonymous said...

Yang tampar puak babi PIGS

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.