Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SULTAN LANTIK EXCO, YANG PENTING AZMIN MENGADU DENGAN SULTAN .........


Kedudukan Tiga EXCO PAS di Selangor.. Ini Kata Timbalan Presiden PAS...



PETALING JAYA: PAS mungkin terpaksa akur jika benar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta tiga exconya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun belum mendapat maklumat lengkap, beliau maklum bahawa pelantikan exco terletak di bawah bidang kuasa Sultan.

"Bagi PAS, kita akur sebab pelantikan exco ini di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafudin Idris Shah).
 
"Jadi pihak PAS kita akurlah kalau (benar) ia sudah dapat perkenan Tuanku Sultan," katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas laporan The Star pada Sabtu bahawa Azmin telah membuat permintaan mengejutkan itu semasa mesyuarat dengan tiga exco PAS negeri yang berlangsung selama satu jam.

Tiga exco berkenaan adalah Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata beliau bagaimanapun tetap akan mendapatkan pengesahan daripada tiga exco berkenaan dan Azmin sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya kena dapat pengesahan yang betul dulu, secepat mungkin.

"Saya pun sebenarnya belum dapat pengesahan daripada exco kita di Selangor, saya akan dapatkan pengesahan mereka dan pengesahan daripada Datuk Seri Azmin tentang isu ini," katanya yang berada di Perak ketika dihubungi.

Azmin dilaporkan memanggil mesyuarat itu berikutan keputusan Majlis Syura PAS pada Khamis menamatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan PKR.

Dilaporkan, Azmin telah memberi jaminan bahawa PAS masih boleh kekal sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri selaras dengan mandat kemenangannya pada pilihan raya umum 2013.


Wakil PAS juga dilaporkan akan terus menikmati peruntukan pembangunan negeri, kekal sebagai ahli majlis perbandaran dan jawatankuasa kampung.

14 orang berkata:

Anonymous said...

Exco pas dah nafikan berita ni. Pak karam pun dah pandai petik berita omputih the star rupanya. Tuan brahim pun menggelabah tak tentu pasal, semuanya bawa berita tak betul, org agama fasik.

Anonymous said...

Puok lebai pas munafik

Anonymous said...

Kita munafik bukan sebab orang kata kita munafik..
Kita Munafik sebab kata kata kita yang bersifat munafik..
Orang munafik akan dibakar dalam neraka..
Takut lah dengan kata kata kita jika kita takut akan api neraka..

Anonymous said...

Munafik dan fasik sinonim dgn PAN n PKR...

Anonymous said...

Balik kat ko ucapan ko tu.
Sila rujuk Al-Quran.

Anonymous said...

Byk sgt makan daging keldai tua. Cara cakap pun dah mcm keldai tua. Bau untaa kuat sgt

Anonymous said...

Ah.....
Berambus ajelah.
Apa nak terhegeh2 lagi tu?
Awak dah cerai. Awak dah janda tua. Sedar dirilah sikit.
Pergi bawak kain baju awak tu tinggal dengan bapak awak

Anonymous said...

Susah betul dia nak keluar. Hari2 kena maki hamun pun tak nak keluar jugak. Sayang betul dia2 tu kat pkr dan dap

Lan said...

Sultan x lantik , MB lantik Sultan perkenankan ... Dah macam orang gila talak pulak PAS sekarang ni .....

Anonymous said...

pekak badak!!!!

Anonymous said...

ostad pun ade nafsu donia gak..
audi porche velfire bmw.. bini 2,3... merayap KL... gaji ribu2..

Anonymous said...

sapa yg mempermainkan sumpah baiah atas nama Allah? manusia2 nih yg bersarang dlm PAN n PKR yg munafik n fasik...

Anonymous said...

Byk alasanlah nkau..berambus ajer lah..munafik

Anonymous said...

Mcm org jahilliyyah nim mintak jawatan. Pan sedor la diri kerusi pn curi ada hati nk itu ini ... dapigs nk bg ckup dadak ka...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.