Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SYUKRAAN

Abdul Hadi selamat jalani pembedahan jantung
Abdul Hadi selamat jalani pembedahan jantung
Facebook Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini.

Satu kenyataan oleh Institut Jantung Negara, mengesahkan perkara tersebut.

"Abdul Hadi telah mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor.

Keadaan ini telah menjejaskan aktiviti harian beliau, maka doktor menasihatkan agar pembedahan injap jantung tersebut dilakukan.

"Pada masa ini, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi IJN di mana keadaan beliau akan dipantau untuk beberapa hari sebagai sebahagian daripada rutin bagi pembedahan jantung," katanya menerusi kenyataan tersebut.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan dirinya akan memangku tugas-tugas Hadi Awang berikutan beliau menjalani rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapi beliau.

Sementara itu, para doktor berasa gembira dengan prosedur yang berlangsung mengikut jangkaan dan setakat ini menunjukkan bahawa Abdul Hadi dalam keadaan stabil.

"48 jam akan datang adalah tempoh yang penting selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian rapi sepasukan doktor dan jururawat di unit rawatan rapi.

"Doktor turut menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat (luar) kecuali daripada ahli keluarga terdekat," katanya lagi.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Eeeeeeeeeeeee besornya keldai tuuuu

Anonymous said...

Planet yg paling kecil di cakerawala ialah Pluto. Saiznya cuma sebesar karipap

Anonymous said...

Blog ni org PAS pun tak baca

Anonymous said...

Blog ni sama macam harakah...ahlinya sudah kurang minat.

Anonymous said...

Ahlinya ada...cuma tak suka ckp merapu..kami dgr dan kami patuh

Anonymous said...

Lebih baik tumpu kpd pru14...kemas kini bilik gerakan..bendera...strategi...dr dok sembang bgegar2...
Kami dgr dan kami patuh...

Anonymous said...

Kalau baca akhbar amanah lebih ngata pas drp umnu bn seranglah pas lagi dan tunggu pru 14 tengok siapa dpt no 1, no 2 dan no 3 macam periksa kat sekolah dpt no 2 pun tak guna he he ....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.