Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BIJAK SULTAN KERANA KEKALKAN KEAMANAN

Tiga exco Pas menjunjung kasih titah Sultan
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
 
SHAH ALAM - Tiga anggota Exco kerajaan Selangor daripada Pas hari ini menjunjung kasih perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan mereka dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sehingga ke tarikh pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tiga Exco Pas itu ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga anggota exco itu berkata, mereka akan terus mendukung dan menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain memastikan semua program kerajaan negeri berjaya dilaksanakan.

"Kami yakin dengan limpah perkenan Sultan Selangor itu, ia akan dapat menamatkan sebarang spekulasi negatif terhadap kedudukan exco Pas di Selangor," menurut mereka.

Dalam titah khas semalam, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga exco Pas dalam MMKN sehingga Dun dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya dijalankan.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan Pas.

Kedudukan exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama Pas pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati Pas sebagai rakan sekutu mereka. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Selamat elaun bulanan hangpa noooo

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.