Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TAK MAHU BERKAWAN DENGAN PENGKHIANAT-PENGKHIANAT

KAMU NI ORANG ATAU HAIWAN ?
DAH LETIH BAGITAHU TAPI TAK FAHAM.
 
BUKAN MASALAH PERBEZAAN PENDAPAT
TAPI AKHLAK KO ORANG MACAM HAIWAN,
TIDAK ADA AKHLAK
SUKA KATA ORANG
SUKA HINA ORANG
SUKA BUAT FITNAH
 FULL STOP.
 
BLAILA TIMBUL MASALAH AGAMA 
RUU355M KO RANG TENTANG
KO ORANG PERLI MACAM-MACAM
SEDANGKAN ITU ADALAH DASAR PAS
TAPI KO ORANG TOHMAH MACAM-MACAM
KO ORANG NI ORANG KE ?
FULL STOP.
 
KO ORANG ELOK LA HIDUP MACAM KAKI EMPAT
SIAL PUNYA ORANG
 
 
-Pak Karamu-
 
 
 
 
Amanah Kedah dakwa Pas bawa pemikiran Daesh
Ismail Salleh
Ismail Salleh

ALOR SETAR - Pas didakwa bersikap persis Daesh versi Malaysia apabila beberapa tindakan dan keputusannya dalam Muktamar Tahunan Pas ke-63, menggambarkan parti itu menolak perbezaan pandangan selain menggunakan istilah yang tidak sewajarnya digunakan para ulama.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perbezaan pendapat dan pandangan adalah lumrah dan membawa kebaikan dalam sesuatu organisasi, namun berbeza dengan Pas mutakhir ini, di mana berbeza pandangan dianggap salah, tidak wala’, haram dan wajib dihapuskan.

“Pada zaman Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, percambahan pandangan inilah yang melahirkan kerjasama politik selain melakukan pendekatan ‘Pas for all’, yang menyaksikan sokongan luar biasa dari bukan Islam pada PRU12 dan PRU13, seterusnya tawan lima negeri (2008), serta pertambahan undi majoriti kepada 52 peratus (2013),” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, muktamar 2014 menyaksikan mereka yang berbeza pandangan bukan sahaja tidak diraikan, malah dicemuh dan dilabel pelbagai gelaran.

“Muktamar 2015 pula, secara terancang golongan itu disingkirkan. Jika pimpinan dan ahli Pas yang banyak berjasa kepada parti disingkirkan dengan mudah, sudah pasti parti yang bertahaluf, iaitu PKR dan DAP serta Bersatu yang berhasrat bekerjasama politik dengan Pas, lebih mudah disingkirkan,” katanya.

Ismail mendakwa apa yang berlaku adalah kesan daripada pemikiran holier than thou, persis pemikiran Daesh bahawa mereka sahaja yang betul dan tidak boleh wujud perbezaan.

“Pemikiran itu meresap dalam Pas, di mana sebelum ini Pas putuskan hubungan dengan DAP, muktamar kali ini pula perwakilan dan sayap parti Pas bersetuju putuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR, manakala Bersatu dilabel sebagai celaru dan tanpa imam,” katanya.

Ismail turut membidas sikap pemimpin Pas yang tidak mencerminkan perwatakan ulama.

“Ulama sepatutnya berilmu dan dalam konteks Islam, mereka dekat dengan Allah SWT. Sewajarnya ilmu itu diterjemahkan dalam bentuk akhlak harian, tetapi ia tidak berlaku kepada ulama Pas,” katanya.

Menurutnya, sebelum bermulanya muktamar, hampir semua jenis binatang dijadikan perumpamaan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merujuk kepada golongan tidak  sependapat dengan parti itu.

“Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah sendiri melaungkan ‘Jahanam PAN’ pada muktamar.  Sebagai manusia, kita tidak wajar melabel atau mendoakan mereka hanya kerana berbeza pendekatan dalam melaksanakan syariah Islam. Amat tidak sesuai perkataan itu keluar dari mulut seorang ulama,” katanya.

Ismail berkata, rakyat kini bijak membuat penilaian, sama ada parti itu mampu menguruskan perbezaan pandangan, mahupun menguruskan rakyat sebuah negeri mahupun negara.

“Muktamar juga melihatkan Umno/BN selamat daripada serangan Pas, berbanding muktamar sebelum ini. Boleh disimpulkan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) adalah pemenang terbesar bagi muktamar Pas ini,” katanya, sinis.

Menurutnya, ini kerana tiada lagi cemuhan terhadap Najib, termasuk Umno/BN, malah secara terang-terangan Abdul Hadi menyebut pada PRU14 pilihlah antara Umno atau Pas.

“Najib mahukan pertandingan tiga penjuru untuk kekal berkuasa. Perangkap dan pendekatan Melayu Islam yang dibawa Najib melalui RUU 355 dan Food Flotilla for Myanmar nampaknya berjaya menjerat Pas,” katanya.

Tambahnya, Timbalan Mursyidul Am Pas, Ahmad Yakob juga menyebut tiada keperluan untuk menjatuhkan Najib sekarang ini.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Pas yg mengelupur masih nak cover.
Kami ahli akar umbi tau situasi sebenar.
Tunggu masa shj pas nak karam.
PRU 14 tiada negeri lagi dibawah kerajaan pas.
Rakyat Kelantan dah bagi signal tanda perubahan pertukaran pentadbiran...Tunggu

Anonymous said...

Bila dah tiada negeri. Maka berbondong-bondong pak ustaz pas jilat bontot. Bontot sape? Bontot umno ? Bontot PH?
Berbau pun berbaulah pak lebai...kesian
pas dah menjadi sejarah
Hadi cabut lari Iran

Anonymous said...

Mat yakob - tiada keperluan utk jatuhkan najib skrg..

Undi pas = undi umno

Anonymous said...

Tak mengaku ada kawtim dgn umno turr.. Binawe betul, kita nak tukar umno pas pulak tak nak tukar umno..

Makin pelik arah tuju pas. Nak lawan umno tapi tak nak tukar najib. Bodo mcm paspig

Anonymous said...

Parti lebai2 rasuah Pas bapak segala pengkhianat.

Lan said...

1990 Pas berkawan dengan Pengkhianat S46 Kelantan Pas dapat kuasai . 1998 - 2013 Pas kawan lagi dengan Pengkhianat ( PKR / DAP ) , Kedah , Terengganu & Perak PAS kuasai . Sekarang Pas x berkawan lagi dengan Pengkhianat ? Berapa negeri PAS boleh kuasai ?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.