Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAP TIADA SAMSENG MEMULAKAN INSIDEN PROVOKASI

Pemilih di dua parlimen tunai tanggungjawab
PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar

KUALA LUMPUR - Pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Kuala Kangsar di Perak dan Parlimen Sungai Besar di Selangor mengundi hari ini dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk memilih ahli Parlimen masing-masing.

Pusat mengundi di kedua-dua kawasan dibuka pada 8 pagi hari ini, membabitkan 23 pusat di Kuala Kangsar dan 28 di Sungai Besar. Pengundian akan ditutup pada 5 petang.    

Dua PRK itu diadakan berikutan kematian ahli parlimen masing-masing Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dan Tan Sri Noriah Kasnon (Sungai Besar), dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei. Empat individu lain turut terkorban dalam nahas itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara balu Wan Mohammad Khair-il Anuar, Datin Mastura Mohd Yazid daripada Barisan Nasional (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad  daripada Pas, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Di Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Budiman Mohd Zohdi, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukur daripada Amanah.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hisham Abdullah‎ berkata SPR menyasarkan 75 peratus pemilih yang layak menunaikan tanggungjawab mereka pada kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata keputusan dijangka diumumkan pada kira-kira 9 malam. Dalam pilihan raya umum pada 2013, Wan Mohammad Khair-il Anuar memenangi kerusi Kuala Kangsar dengan majoriti 1,082 undi dengan memperoleh 14,218 undi untuk mengalahkan Khalil Idham Lim daripada Pas dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.

Di Sungai Besar, Noriah meraih 18,695 undi untuk mengalahkan Mohamed Salleh M. Hussin daripada Pas dengan majoriti 399 undi.- Bernama

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.