Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

cara Mahadhir ialah dengan mempergunakan musuh politiknya, dan dia berjaya .....


‘Demo bukan cara saya’
‘Demo bukan cara saya’
Mahathir berucap dalam kempen bersama Pakatan Harapan, semalam.
SEKINCHAN - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, kerajaan berharap kumpulan Deklarasi Rakyat yang digerakkannya itu menganjurkan perhimpunan jalanan besar-besaran.
Beliau berkata, jika pendekatan agresif itu diambil, ia hanya memudahkan kerajaan melumpuhkan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak itu dengan menahan beliau dan pemimpin pembangkang lain.
“Saya rasa kerajaan menunggu kami melakukannya (demonstrasi). Ini kerana mereka boleh guna gas pemedih mata dan menahan pemimpin. Tak mungkin mereka boleh menahan 500,000 orang (peserta demonstrasi).
“Yang terbaik ialah dengan menahan pemimpin-pemimpin. Sebaik saja mereka menahan pemimpin, ia akan melumpuhkan semua perkara. Mereka selalu menggesa kita melakukan perhimpunan jalanan besar-besaran,” katanya.
Mahathir bagaimanapun berkata, pendekatan turun ke jalanan bukan caranya untuk menyatakan bantahan menjatuhkan Najib.
“Saya mahu juga menganjurkannya (demonstrasi), tapi ia bukan cara saya. Awak pun tengok cara saya (Deklarasi Rakyat). Saya percaya kepada kekuatan suara rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mahathir menegaskan akan meneruskan serangan terhadap Najib meskipun BN memenangi dua PRK kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Saya akan terus menyerang Perdana Menteri walaupun BN menang. BN menang bermakna rakyat kalah dan kemenangan ini untuk menambah dua orang lagi wakil rakyat yang hanya akan berkata 'ya' dan 'ya' kepada arahan Najib.
“Saya akan terus mengumpul lebih banyak Deklarasi Rakyat sehingga kita capai angka yang besar, walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak mahu menemui saya,” katanya.
Dalam sidang media sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tidak menolak untuk menganjurkan perhimpunan jalanan itu.
“Kita tengok perkembangan (Deklarasi Rakyat). Himpunan itu salah satu jalan demokrasi, tanpa kekerasan dan keganasan. Bergantung kepada suasana semasa,” katanya.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

An Anonymous said...

Boleh ke dapat 500,000 tanpa penyertaan PAS?.. maksima 50,000 mungkin..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.