Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEPUTUSAN TAK RESMI



Tidak Rasmi: BN Menang Besar PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

prk sg besr & k.kangsar - kiraan tidak rasmi
Keputusan tidak rasmi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar menunjukkan majoriti pengundi di kedua-dua Parlimen tersebut terus memihak kepada BN yang diterajui UMNO dan dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini yang dipetik dari portal Malaysiakini, BN memperolehi 16,449 undi dalam pertarungan tiga penjuru di Sungai Besar meninggalkan PAN (Parti Amanah Negara) yang mendapat 7,501 undi.

Manakala PAS pula sekadar mendapat 6,934 undi kebanyakannya datang dari akar umbi penyokong tradisi parti itu.

Majoriti undi memihak kepada BN setakat ini 8,948 undi di Sungai Besar, angka yang cukup besar dan terlalu jauh jarak undi untuk dikejar calon lain.

Sementara itu di Kuala Kangsar, BN juga dijangka mengekalkan penguasaannya apabila setakat ini sedang mendahului calon PAN dengan kelebihan 5,001 undi.

BN mendapat 9,435 undi diikuti calon PAN 4,434 undi dan calon PAS hanya 3,947 undi setakat ini. Calon Bebas hilang deposit setelah hanya mendapat 43 undi sahaja.

Lebih menarik berdasarkan kiraan tidak rasmi itu, kombinasi undi yang diperolehi calon PAN dan PAS masih mencatatkan defisit berbanding undi yang dikuasai BN. Satu lagi pencapaian yang cukup menarik bagi BN.

Untuk rekod pada PRU-13, BN memenangi Parlimen Sungai Besar dengan majoriti 399 mengalahkan calon PAS dan di Kuala Kangsar BN menang dengan majoriti 1,082 undi dalam pertarungan tiga penjuru.

Kemenangan BN yang lebih besar, majoriti yang berkali ganda tinggi berbanding sebelumnya, satu perkhabaran yang cukup baik untuk BN khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dan tentunya ia keputusan yang pahit untuk pakatan pembangkang PH kerana dengan sendirinya keputusan tersebut menutup cakap-cakap besar pemimpin mereka sepanjang kempen PRK ini kononnya mampu membuat kejutan. – MyKMU.Net

2 orang berkata:

Anonymous said...

pan masih gagal wlpun dibantu dap pkr dan puak tun m.

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.